1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer
  • Kemudahan Dalam 1GovUC

  • Hari Kelepasan Am Negeri Perlis 2015

  • Program Warga Sihat Produktif

  • Jaga Keselamatan Semasa Banjir

Kemudahan Dalam 1GovUC

Kemudahan Dalam 1GovUC

Kemudahan Dalam 1GovUC

Bermula tahun 2014 ini, semua email rasmi tidak lagi boleh dihantar/diterima melalui email Moh*Cube sebaliknya melalui email 1GovUC. Penetapan konfigurasi ini telah diaktifkan pihak Penyedia 1GovUC dan MAMPU pada 6/3/2014 kepada semua agensi di bawah kementerian termasuk KKM.

Sedikit maklumat berkaitan projek 1GovUC:
1GovUC merupakan inisiatif kerajaan di bawah EPP2-1: Perkhidmatan Gunasama Kerajaan yang dilaksanakan oleh MAMPU. Bermula Oktober 2013, migrasi emel telah mula dilaksanakan di pelbagai agensi kerajaan termasuk KKM. Telekom Malaysia (TM) berhad ditauliahkan bagi perlaksanaan 1GovUC ini.

Webmail diakses menggunakan pelayar web (browser) seperti IE, Mozilla, Chrome menerusi URL: https//webmail.1govuc.gov.my manakala Outlook di install di PC atau mobile device dan perlu sedikit penetapan konfigurasi berpandukan manual pengguna.

FAQ:

1. Kapasiti mailbox yang diperuntukkan adalah sebanyak 500MB dan tidak mencukupi. Apakah alternatif yang disediakan?
- Sekiranya anda memasang dan menggunakan MS Outlook 2010 untuk mengakses emel 1GovUC, emel akan disimpan di PC dan kapasiti emel boleh melebihi 500MB bergantung pada saiz hardisk PC anda. Fungsi archive di MS Outlook 2010 akan memastikan mailbox anda tidak melebihi 500MB dengan cara mengarkibkan emel lama anda ke folder archive.

2. Bagaimana hendak memaklumkan kepada pihak luar berkenaan nama akaun emel kita?
Bagi tujuan maklumat komunikasi dengan pihak luar, anda perlu memaklumkan alamat email @pls.moh.gov.my ditukarkan kepada @moh.gov.my. Sebagai contoh, sekiranya syarikat ABC ingin menghantar emel kepada Ali, beliau perlu mengubah domain emel lama daripada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

3. Bagaimana kami ingin mengekalkan identiti emel agensi iaitu @moh.gov.my sekiranya terpaksa menggunakan @1govuc.gov.my?
Identiti agensi masih dikekalkan seperti biasa. Anda masib boleh memaklumkan pihak luar emel @moh.gov.my anda. Format @1govuc.gov.my hanya format untuk log masuk ke emel 1GovUC sekiranya anda mengakses melalui webmail OWA.

4. Berapa kapasiti diperuntukkan?
Bagi gred 52 ke bawah, 500MB diperuntukkan manakala bagi Gred 54 ke atas diperuntukkan 4Gb.

5. Apakah perbezaan menggunakan webmail OWA dan Outlook?
Webmail diakses menggunakan pelayar web (browser) seperti IE, Mozilla, Chrome menerusi URL: https//webmail.1govuc.gov.my manakala Outlook di install di PC atau mobile device dan perlu sedikit penetapan konfigurasi berpandukan manual pengguna.
- Kapasiti Webmail adalah 500MB manakala Outlook 2010 boleh melebihi 500MB dengan adanya fungsi archive bergantung pada saiz harddisk.
- Fungsi di Outlook 2010 lebih banyak berbanding fungsi di webmail.

6. Bagaimana dengan polisi katalaluan?
- Anda diminta segera menukar katalaluan default kepada katalaluan baru (sekurang-kurangnya 12 karakter, mempunyai simbol, capital letter dan tidak mengandungi nama akaun pengguna melebihi 2 aksara berturut-turut). Katalaluan hendaklah ditukar setiap 90 hari dan tidak boleh menggunakan kembali 4 katalaluan terakhir yang telah digunakan. Polisi ini ditetapkan oleh MAMPU atas dasar keselamatan maklumat.

7. Bagaimana ingin menghantar emel ke group emel JKN Perlis?
- Group utama emel JKN Perlis adalah seperti berikut (gantikan (AT) kepada @) :

1)    Alamat emel kepada semua warga JKN Perlis -  allwargamoh-perlis(AT)moh.gov.my
2)    Warga JKN, Negeri Perlis - wargajkn.pls(AT)moh.gov.my
3)    Warga PKD Kangar, Perlis - wargapkd.pls(AT)moh.gov.my
4)    Kakitangan Hospital Tuanku Fauziah, Perlis - htf.staf(AT)moh.gov.my
5)    Kakitangan Bahagian Pengurusan JKN, Negeri Perlis - bpjkn.pls(AT)moh.gov.my
6)    Kakitangan Bahagian Pergigian, Negeri Perlis - bpergigian.pls(AT)moh.gov.my
7)    Kakitangan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Negeri Perlis - bpfjkn.pls(AT)moh.gov.my
8)    Kakitangan Bahagian Perubatan, Negeri Perlis - bperubatanjkn.pls(AT)moh.gov.my
9)    Kakitangan BKKM JKN, Negeri Perlis - kbkkmjkn.pls(AT)moh.gov.my

8. Apakah faedah perlaksanaan 1GovUC?

Faedahnya adalah penjimatan kos pengurusan ICT (Kos selenggara server dan tenaga kerja pentadbir IT), penerapan inisiatif teknologi hijau dan peningkatan kecekapan urusan komunikasi.

9. Apakah kemudahan dalam 1GovUC?

-    Emel boleh digunakan melalui Microsoft Outlook 2010 dan Microsoft Outlook Web App
-    Melalui Microsoft Outlook dan Microsoft Outlook Web App diberi kemudahan Pengurusan  Kalendar Personal atau Berkumpulan, kemudahan Contacts List bagi pencarian alamat emel anggota lain, serta kemudahan Tasks.
-    Kemudahan Instant Messaging and Presence (Mesej Segera) disediakan melalui Mycrosoft Lyncc 2010 yang perlu dipasang di komputer personal anggota.
-    Selain itu kemudahan Audio, Video and Web Conferencing.
-    Kemudahan Enterprise Voice and Telephony


10. Bagaimana penilaian tahap keaktifan anggota?

Tahap aktif anggota dilihat melalui laporan bulanan 1GovUV JKN Perlis. Kriteria pengguna yang mempunyai akaun emel tetapi tidak aktif apabila:

- Tidak membuka emel melebihi 30 hari dan;

- Anggota tidak pernah/never baca atau guna emel rasmi 1GovUC

Semua kakitangan yang dibekalkan emel 1Govuc hendaklah menggunakan emel yang dibekalkan secara aktif dalam segala urusan rasmi. Pentadbir 1GovUC akan menyemak tahap keaktifan penggunaan email yang telah diberikan. Akaun rasmi 1GovUC anggota akan ditutup mengikut laporan keaktifan dari semasa ke semasa juga berdasarkan arahan rasmi.

11. Bagaimana mendaftar akaun emel 1GovUC bagi anggota Jabatan Kesihatan Negeri Perlis?

Anggota perlu mengisi Borang Pengurusan Emel Individu (Semakan 1 JKN Perlis 2014) bagi:

  1. Permohonan Baru
  2. Pertukaran Dalaman
  3. Hapus Akaun
  4. Reset Password
  5. Kemaskini

Sila muatturun Borang Pengurusan Emel Individu (Semakan 1 JKN Perlis 2014) di Bahagian Muat Turun Borang Unit Teknologi Maklumat (ICT) atau klik pada butang ini ( Borang Emel Semakan 1 JKN Perlis 2014). Hantarkan borang yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan kepada Unit ICT berkaitan:

  1. Bahagian-bahagian termasuk semua pergigian kepada Unit ICT Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
  2. PKD dan Klinik-klinik Kesihatan kepada Unit ICT Pejabat Kesihatan Daerah Kangar, Perlis.
  3. Anggota Hospital kepada Unit ICT Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.



Read more...

Program Warga Sihat Produktif

Program Warga Sihat Produktif

Program Warga Sihat Produktif

Pertandingan Futsal Terbuka kepada Kakitangan Awam Di Negeri Perlis pada 27 Disember 2014 bertempat di Arena Futsal, Kompleks Tuanku Syed Putra.

Yuran Penyertaan : RM100

Tarikh Tutup Penyertaan : 11 Disember 2014

Hadiah wang tunai disediakan.

Read more...

Jaga Keselamatan Semasa Banjir

Jaga Keselamatan Semasa Banjir

Jagalah Keselamatan Semasa Banjir

  1. Pindah segera ke pusat pemindahan banjir apabila banjir
  2. Jangan biarkan kanak-kanak bermain air banjir kerana boleh mengakibatkan berbagai penyakit yang berbahaya dan juga mengancam nyawa
  3. Elakkan dari meredah jalan raya yang ditenggelami air
  4. Tutup suis utama elektrik, injap utama bekalan air dan gas sebelum meninggalkan rumah
  5. Jangan hampiri dawai elektrik yang jatuh ke dalam air
Read more...
Previous
Next

Bil.
Gambar
Maklumat Anggota
Bil.
Gambar
Maklumat Anggota
1.
no image
Nama: Encik Mahamad Sukor Bin Senapi
Jawatan: Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, UD54
No. Tel: 04-9766989/5271 Ext: 201
2.
no image
Nama: Cik Linza Binti Md Yassin
Jawatan: Ketua Penolong Pengarah, C48
No. Tel: 04-9766989/5271 Ext: 102
3.
no image
Nama: Aida Farihah Binti Mansor
Jawatan: Pegawai Teknologi Makanan, C44
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No. Tel: 04-9766989/5271 Ext: 111
4.
no image
Nama: Noranida Binti Adam
Jawatan: Pegawai Teknologi Makanan, C41
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No. Tel: 04-9766989/5271 Ext: 114
5.
no image
Nama: Norazalia Binti Nordin
Jawatan: Pegawai Teknologi Makanan, C41
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No. Tel: 04-9766989/5271 Ext: 110
6.
no image
Nama: Faezah Arabi Binti Mohamed Firthouse
Jawatan: Jawatan: Pegawai Teknologi Makanan, C41
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No. Tel: 04-9766989/5271 Ext: 112
7.
no image
Nama: Nurul Hidayah Binti Ahmad Latif
Jawatan: Pegawai Teknologi Makanan, C41
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No. Tel: 04-9766989/5271 Ext: 110
8.
no image
Nama: Mohamad Aseri Bin Hasbullah
Jawatan: Pegawai Kesihatan Persekitaran U41
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No. Tel: 04-9766989/5271 Ext: 109
9.
no image
Nama: Nur Suhaida Binti Halim
Jawatan: Pegawai Teknologi Makanan, C41
No. Tel: 04-9766989/5271 Ext: 116
10.
no image
Nama: Nur Hayati Binti Mohamad
Jawatan: Pegawai Teknologi Makanan, C41
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No. Tel: 04-9766989/5271 Ext: 117
11.
no image
Nama: Falsowhimi Bin Ibrahim
Jawatan: Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, U36
No. Tel: 04-9766989/5271 Ext: 108
12.
no image
Nama: Ahmad Nazari Bin Mahamood
Jawatan: Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, U32
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No. Tel: 04-9766989/5271 Ext: 118
13.
no image
Nama: Nor Asikin Binti Shamshudin
Jawatan: Pembantu Tadbir, N17
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No. Tel: 04-9766989/5271 Ext: 106
14.
no image
Nama: Mohammad Idzham Naim Bin Hamid
Jawatan: PKA, U17
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No. Tel: 04-9766989/5271 Ext: 107
15.
no image
Nama: Ahmad Zharif Bin Abdul Manan
Jawatan: PKA, U17
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No. Tel: 04-9766989/5271 Ext: 125
16.
no image
Nama: Mohd Sabri Bin Mat Salim
Jawatan: PKA, U17
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No. Tel: 04-9766989/5271 Ext: 124
17.
no image
Nama: Mohd Faiz Bin Ariffin
Jawatan: Pembantu Tadbir, N17
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No. Tel: 04-9766989/5271 Ext: 119
18.
no image
Nama: Mohd Asri Bin Saad
Jawatan: Pemandu, R3
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No. Tel: 04-9766989/5271 Ext: 105
19.
no image
Nama: Mohd Azli Bin Abdullah
Jawatan: Pembantu Operasi, H11
No. Tel: 04-9766989/5271 Ext: 104
20.

BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

PENGENALAN

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan melaksanakan aktiviti pemantauan keselamatan makanan dari segala aspek kualiti mengikut prosedur yang ditetapkan. Berikut adalah aktiviti yang dilaksanakan;

• Unit Kawalan Eksport / Industri dan Pensijilan
• Unit Pematuhan dan Penyelidikan
• Unit Makmal (Analisis Makanan)
• Unit Pentadbiran

OBJEKTIF UMUM

Memastikan makanan yang dijual kepada orang ramai adalah bersih dan selamat untuk dimakan. Keselamatan makanan adalah merangkumi aspek pemilihan bahan mentah, penimpanan bahan mentah, penyediaan (pemprosesan), pengendalian, penjualan dan penyimpanan produk yang siap diproses.

OBJEKTIF KHUSUS

Memastikan makanan yang dijual adalah bebas daripada sebarang pencemaran atau bahan-bahan tambahan yang tidak diperlukan.
• Memastikan makanan yang dihasilkan mematuhi piawaian yang ditetapkan
• Memastikan produk makanan dilabel dengan betul.
• Mengukuhkan aktiviti Keselamatan dan Kualiti makanan tempatan, import dan eksport.
• Menyebarkan maklumat keselamatan makanan kepada pengguna melalui pendidikan kesihatan.
• Mengukuhkan hubungan dan kerjasama dengan agensi-agensi lain yang bertanggungjawab ke atas Keselamatan dan Kualiti Makanan di dalam dan di luar negeri.

UNIT KAWALAN EKSPORT/ INDUSTRI DAN PENSIJILAN

Unit ini bertanggunjawab memastikan perlaksanaan semua dasar, polisi dan strategi Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung dengan kawalan eksport, perkembangan industri, pensijilan dan pendidikan keselamatan makanan kepada industri dan pengguna.

1. PENSIJILAN
• Skim Pensijilan HACCP dan GMP KKM.
• Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia.
• Mengumpul maklumat-maklumat berhubung dengan keperluan pengeksportan oleh negara-negara pengimport
• Pelesenan Air Mineral Semulajadi, Air Minuman Berbungkus dan Kilang ais.
• Sijil Kesihatan dan Sijil Penjualan Bebas.
• Mengurus pangkalan data premis makanan.

2. PERKEMBANGAN INDUSTRI

• Melaksanakan aktiviti pembangunan keselamatan makanan di peringkat institusi seperti kantin dan dapur asrama sekolah, Kompleks Sajian Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), dapur hospital, TASKA dan TADIKA, perkhidmatan makanan termasuk katerer dan kilang.
• Mengaudit Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM)
• Memantau perlaksanaan aktiviti KENDIRI di Sekolah dan PLKN

3. PENDIDIKAN INDUSTRI DAN PENGGUNA

• Merancang dan melaksana program-program industri dan pendidikan pengguna
• Program bergerak Skuad Germ Buster di sekolah
• Khidmat nasihat, latihan dan pendidikan kepada industri dan pengguna
• Menyelaras Program Susu 1Malaysia

UNIT PEMATUHAN DAN PENYELIDIKAN

Unit ini bertanggungjawab memastikan perlaksanaan semua dasar, polisi dan strategi berhubung dengan pemantauan makanan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

PEMATUHAN
Memantau pematuhan mandatori di bawah perundangan makanan melalui aktiviti pensampelan dan pemeriksaan premis makanan.
• Mengawalselia perlaksanaan QAP negeri
• Pengurusan reten-reten bulanan dan tahunan Aktiviti Keselamatan dan Kualiti Makanan Negeri
• Menyelaras operasi dan alert keselamatan makanan peringkat negeri Perlis/Bilik Gerakan
• Mengurus perlaksanaan FoSIM import di peringkat negeri
• Merancang dan memantau aktiviti pemeriksaan premis dan pensampelan makanan (domestik & import)
• Merancang dan memantau aktiviti pemeriksaan kenderaan pengangkutan dan penjajaan komoditi makanan
• Menyelaras dan memastikan setiap PKD dan Pintu Masuk mematuhi setiap garispanduan, prosedur, pekeliling, arahan pentadbiran dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh KKM dan JKN
• Memantau kilang/ pengimport yang telah diberi lesen-lesen dibawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985

PEMANTAUAN/ PENYELIDIKAN
• Persampelan National Work Plan II peringkat negeri Perlis
• Mengurus pangkalan data NFAS (National Food Contaminant Assessment System)
• Menjalankan program Total Diet Study (TDS)
• Menyiasat aduan pengguna berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.
• Mengurus perlaksanaan FoSIM domestic peringkat negeri perlis
• Membantu proses pengauditan berkaitan aspek teknikal bagi permohonan persijilan halal Majlis Agama Islam Negeri Perlis.

UNIT PENTADBIRAN

Unit ini bertanggungjawab melaksanakan semua urusan pentadbiran Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Negeri berpandukan kepada Perintah-perintah Am dan Arahan Pentadbiran, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam dan pekeliling-pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia
• Mengurus hal-ehwal kewangan dan perjawatan Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Negeri
• Menyemak semua inventori Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Negeri
• Perkhidmatan pentadbiran dan membantu filing di Unit Keselamatan & Kualiti Makanan Negeri
• Urusetia kepada seminar/bengkel/mesyuarat/kursus yang diadakan di peringkat negeri
• Urusan penggunaan kenderaan jabatan

UNIT MAKMAL

Unit makmal terdiri daripada daripada empat unit yang terlibat dalam perkhidmatan dan pembangunan kaedah analisis. Unit-unit yang terlibat adalah seperti berikut:-
i. Unit Mikrobiologi
ii. Unit Residu Racun Perosak
iii. Unit Kontaminan Logam Berat.
iv. Unit Aditif dan Standard

Skop Tugas dan Tanggungjawab Makmal

• Merancangan pembangunan makmal makanan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia di peringkat Negeri.
• Mengawalselia dan menyelaras semua aktiviti dan perkhidmatan yang dibekalkan oleh semua makmal makanan.
• Merancang, mengkoordinasi dan membantu dalam latihan semua pegawai teknikal di makmal makanan.
• Sebagai sekretariat bagi pendaftaran Juruanalisis Makanan yang menjalankan analisis makanan di semua peringkat awam dan swasta bagi mengawal amalan.
• Perancangan dan Pengurusan Untuk Makmal Makanan serta merancang dan menyelaras program analisis berdasarkan keperluan.
• Merancang dan menyelaras sistem kualiti makmal.