1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer
  • Makan Secara Sihat

  • Salam Ramadhan 1435H

  • Anda Pengguna Bijak

Ucapan Lebaran Pengarah

:: Ucapan Lebaran Dari Dr. Zaini Bin Hussin Pengarah Kesihatan Negeri Perlis ::

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Kepada semua warga JKNPs,

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.
Semoga kehadiran Aidil Fitri akan menyemarakkan semangat perpaduan kita .
 
Berhati-hatilah ketika di jalan raya...sambutlah hari raya dengan penuh kegembiraan dan bukan dengan tangisan.
 
Selamat Hari Raya Aidilfitiri,
Bermaafan Di Hari Mulia,
Mengukuhkan Persaudaraan,
Bijak Bertindak,
Amalkan Hidup Secara Sihat.

Sekian terima kasih

--
Dr. Zaini Bin Hussin
Pengarah Kesihatan
Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Read more...

Makan Secara Sihat

Makan Secara Sihat

Makan Secara Sihat di Hari Raya.

Untuk maklumat lanjut klik pada Buku Makan Secara Sihat di Hari Raya

Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa atau Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan sambutan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia setelah berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Qurban. Ramai di antara kita mengambil kesempatan menurunkan berat badan sepanjang bulan Ramadhan. Walau bagaimanapun, apabila tiba musim perayaan, kebanyakan kita mengalami penambahan berat badan. Berat badan yang berjaya diturunkan sepanjang 30 hari menjalani ibadah puasa mungkin meningkat semula hanya selepas 15 hari menyambut Hari Raya.

 

 

Read more...
Previous
Next