1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer
  • Gotong Royong Mega Combi

  • Hari Kesihatan Mental Sedunia

  • ICT Green Tips

  • Awas! Elakkan pembelian ubat secara online

Awas! Elakkan pembelian ubat secara online

Awas! Elakkan pembelian ubat secara online

Awas!!! Elakkan Pembelian Ubat Secara Online.

  • Sumber dan status penjual dan produk tidak dapat dipastikan
  • Jangan mudah terpengaruh dengan iklan ubat di internet
  • Pembelian ubat melalui internet boleh membahayakan kesihatan diri anda

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

CAWANGAN PENGUATKUASA FARMASI NEGERI PERLIS, BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS. Jalan Raja Syed Alwi, 01000 Kangar, Perlis. Tel : 04-9765033 ; Faks: 04-9770548

Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri Perlis

Read more...
Previous
Next
Malay Arabic English Thai
beritapilihan
IMAGE Malaysia mampu kendali pesakit Ebola
PUTRAJAYA 17 Okt. - Malaysia mempunyai doktor dan jururawat terlatih yang mencukupi untuk mengendali serta memberi rawatan kepada pesakit Ebola jika wabak membawa maut itu menular dari Afrika Barat ke negara ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, pasukan kesihatan itu telah dilatih untuk mengendalikan kes-kes Ebola termasuk dalam soal penghantaran sampel makmal, pelupusan sisa, serta pengurusan jenazah. Katanya, wad yang mematuhi piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan digunakan untuk menempatkan pesakit Ebola dan mereka akan diberi rawatan sokongan di hospital khas. "Enam latihan simulasi berkaitan penyakit Ebola telah dijalankan di pelbagai peringkat kementerian untuk menghadapi risiko penularannya. Sebanyak 21 hospital rujukan dikenal pasti untuk melakukan semakan dan pemantauan, pesakit yang disahkan positif Ebola, kemudian dihantar ke tiga hospital khas iaitu Hospital Sungai Buloh, Hospital Queen Elizabeth di Sabah dan Hospital Umum Sarawak," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini. Kementerian menetapkan supaya petugas perubatan yang mengendalikan pesakit Ebola dilengkapi pakaian pencegahan penyakit termasuk memakai dua lapisan sarung tangan, kasut but yang dibalut, memakai topeng dan pelindung mata serta mengamalkan langkah-langkah pelupusan sisa yang ketat. Subramaniam berkata, kawalan ketat dijalankan di pintu masuk melalui pengimbas suhu manakala anggota imigresen melakukan semakan ke atas dokumen perjalanan bagi mengenal pasti individu yang pernah berkunjung ke negara wabak. "Individu yang mempunyai hubungan dengan pesakit Ebola tetapi tidak mempunyai tanda jangkitan akan dipantau selama 21 hari. Mereka yang menunjukkan tanda jangkitan pula akan dihantar terus ke salah satu daripada 21 hospital rujukan," katanya. Subramaniam berkata, setakat ini sembilan kes disyaki Ebola dirujuk kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Kebangsaan (CPRC), namun kesemuanya disahkan negatif. Read More...
IMAGE RM20 juta cegah denggi
SHAH ALAM 21 Sept. - Demam denggi bukan sahaja membawa maut tetapi juga meningkatkan kos kerajaan apabila sebanyak RM20 juta terpaksa dibelanjakan bagi memerangi wabak berkenaan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, perbelanjaan besar itu bagaimanapun membuahkan hasil apabila jumlah kes demam denggi kini menurun berbanding dua bulan lalu. Sehubungan itu, beliau berharap, setiap langkah yang diambil oleh kerajaan akan membawa kepada penurunan kes secara keseluruhan. "Kerajaan telah membelanjakan antara RM15 juta hingga RM20 juta bagi langkah yang diambil (pencegahan demam denggi). "Saya lihat kesemua langkah itu menimbulkan kesan. Saya akan memperjelaskan situasi terkini pada Rabu ini (selepas mesyuarat Kabinet)," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri siri jelajah Transformasi Masyarakat - My Sihat anjuran Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India (SITF) di Taman Sri Muda di sini hari ini. Subramaniam menambah, Sejak Januari lalu sehingga sekarang, jumlah demam denggi di seluruh negara mencatatkan kira-kira 70,000 kes. "Jumlah setiap minggu adalah kira-kira 2,300 kes. Saya harap dengan langkah-langkah yang diambil keseluruhan kes menurun," ujarnya. Read More...
IMAGE Kelantan catat HIV kedua tertinggi
KOTA BHARU 10 Sept. - Kelantan menjadi negeri kedua selepas Selangor yang mencatatkan kadar kes jangkitan HIV tertinggi di negara ini. Setiausaha Kehormat Yayasan AIDS Malaysia, Hisham Hussein berkata, sebanyak 207 kes jangkitan baharu dicatatkan di negeri ini berbanding 3,393 kes di seluruh negara pada tahun lalu. "Kes jangkitan baharu HIV di Kelantan mula meruncing pada tahun 2010 apabila kira-kira 28.8 orang bagi setiap 100,000 penduduk disahkan menghidap penyakit itu. "Jumlah tersebut hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding kadar purata bagi keseluruhan negara ketika itu. "Malah, Kementerian Kesihatan menyasarkan hanya 11 kes baharu HIV dicatat bagi setiap 100,000 penduduk sehingga 2015," katanya kepada pemberita selepas majlis Resepsi Amal Aaron Aziz dan Selebriti Sokongan Riben Merah, di sini malam tadi. Yang hadir sama Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim; Datuk Seri Diraja Sharifah Azwan Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Presiden Persatuan Perantara Pesakit-pesakit Kelantan (Sahabat), Tan Sri Mohd. Zaman Khan Rahim Khan. Majlis amal tajaan Hotel Renaissance Kota Bharu itu turut disertai selebriti sokongan riben merah Yayasan AIDS Malaysia seperti Aaron Aziz, Fahrin Ahmad, Hafiz Hamidun dan Bob Yusof. Mengulas lanjut, Hisham berkata, memandangkan peningkatan kes tersebut, yayasan itu memerlukan sumbangan orang ramai terutama syarikat korporat bagi membina rumah perlindungan HIV pertama di negeri ini. Katanya, rumah perlindungan yang lengkap dengan keperluan rawatan paliatif dan rehabilitasi itu diperlukan bagi membantu mereka disisih keluarga dan masyarakat. "Pembinaan rumah perlindungan tersebut bukan sahaja dapat memulihkan kesihatan orang hidup dengan HIV ke tahap normal, malah meningkatkan keupayaan serta kemahiran agar mereka boleh berdikari seperti orang lain. "Pada majlis amal ini, kami berjaya mengutip dana RM84,000, namun jumlah ini masih tidak mencukupi untuk membina rumah pelindungan berkenaan yang menelan kos hampir RM200,000. "Oleh itu, kami berharap orang ramai dapat menyalurkan sumbangan kepada Yayasan AIDS Malaysia bagi merealisasikan usaha membantu orang yang hidup dengan HIV di Kelantan," katanya. Dalam majlis tersebut, jaket Lord's Tailor kepunyaan Aaron Aziz telah dilelong pada harga RM1,800 kepada Sharifah Azwan manakala Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Kelantan, Dr. Seri Buana Zainudin membeli kemeja T milik Fahrin Ahmad. Read More...
IMAGE Perak Isytihar Perangi Denggi
IPOH 2 Sept. - Kerajaan negeri hari ini memulakan 'perang' menentang penularan denggi memandangkan wabak itu menunjukkan peningkatan kes yang sangat serius sejak awal tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kerajaan menghadapi pelbagai cabaran dan masalah dalam menangani isu denggi termasuklah kelewatan menerima kes-kes membabitkan penyakit itu daripada pejabat kesihatan daerah, khususnya klinik swasta. Di samping itu katanya, pelaksanaan aktiviti semburan ruang yang tidak menyeluruh kerana sumber yang terhad dan rumah tidak berpenghuni turut menyumbang kepada penularan wabak tersebut. "Kawasan pembiakan nyamuk aedes yang tinggi dicatatkan berlaku di kawasan pembuangan sampah haram, lot-lot kosong, taman rekreasi, tapak pembinaan, kilang, premis kediaman dan kerajaan. Kurangnya kesedaran serta penglibatan masyarakat setempat dalam aktiviti pencegahan juga menyumbang kepada peningkatan kes. "Sehubungan itu, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak atau individu tidak bertanggungjawab yang menyebabkan punca terjadinya pembiakan aedes di lokasi-lokasi berkenaan," katanya dalam majlis pelancaran Memerangi Denggi Peringkat Negeri Perak di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon. Di dalam ucapan perasmian itu juga, Zambry memberitahu, satu pekeliling khas daripada kerajaan negeri akan dikeluarkan bagi memastikan semua premis pejabat serta kawasan sekitarnya dibersihkan seminggu sekali sehingga akhir bulan ini. "Selain itu, gotong-royong secara bulanan pula akan bermula Oktober ini sehingga satu satu waktu yang akan ditentukan kelak. "Jadi, saya menyeru semua pihak agar berganding bahu dan menunjukkan komitmen masing-masing dalam memerangi wabak ini secara berhabis-habisan sehingga ke peringkat akar umbi. Punca sebenar harus dicari dan menghapuskannya sama sekali," jelas beliau. Sementara itu, dalam sidang akhbar selepas majlis berkenaan, Hang Soon menyifatkan kerjasama daripada orang ramai khususnya penduduk setempat dalam usaha menangani wabak denggi masih berada pada tahap yang rendah. "Perlu difahami, usaha membasmi wabak ini tidak boleh diletakkan pada bahu kerajaan negeri semata-mata, sebaliknya perlu ada kerjasama daripada penduduk setempat," ujarnya. Read More...
IMAGE Kelantan catat kes denggi tertinggi
PUTRAJAYA 27 Ogos - Pada minggu ke-34 tahun ini, sebanyak 2,812 kes demam denggi telah dilaporkan, iaitu menurun 258 kes berbanding dengan minggu sebelumnya 3,070 kes. Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, daripada jumlah tersebut Kelantan masih lagi mencatatkan kes demam denggi yang tertinggi iaitu 1,286 kes. Selain Kelantan katanya, situasi denggi di negeri lain juga perlu dipantau dengan rapi kerana pada minggu lepas Perlis menunjukkan peningkatan sebanyak 60 peratus, Kedah 21 peratus dan Pulau Pinang 17 peratus. "Jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara adalah 65,672 kes iaitu meningkat sebanyak 263 peratus berbanding hanya 18,099 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lalu. "Pada minggu lepas juga terdapat dua kematian dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian pada tahun ini sebanyak 128, meningkat sebanyak 93 kematian berbanding hanya 35 kematian direkodkan bagi tempoh sama pada 2013," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Menurut Subramaniam, kematian yang terbaharu dilaporkan berlaku di Kelantan dan Negeri Sembilan yang melibatkan seorang suri rumah berusia 40 tahun dan seorang pesara tentera berusia 60 tahun. "Pada minggu lepas juga, sebanyak 736 lokaliti wabak denggi yang masih aktif dilaporkan di 13 negeri, yang terbanyak adalah di Selangor 377 lokaliti, Kelantan (264), Johor (32), Kuala Lumpur (18) dan Sarawak 10 lokaliti," katanya. Selain itu, katanya, bagi Ops Mega yang dijalankan untuk mengawal kes dan wabak denggi di 10 daerah di Lembah Kelang dan Seremban sejak enam minggu lalu telah menunjukkan penurunan kes yang dilaporkan. "Bagi membantu kerajaan memerangi wabak denggi, saya telah mengadakan perjumpaan dengan 20 Pusat Pengajian Sains Perubatan di institusi pengajian tinggi (IPT) bagi menjalankan kerjasama pintar. "Setiap IPT akan melaksanakan inisiatif kawalan denggi dengan menggunakan kepakaran dan inovasi masing-masing di lokaliti kawasan panas denggi yang terpilih, diharapkan inisiatif ini akan membuahkan hasil," katanya. Sementara itu mengulas mengenai kemasukan pelajar perubatan ke IPT tempatan, beliau berkata, kementeriannya tidak mempunyai kuasa untuk mengehadkan jumlah pengambilan pelajar. "Kementerian Pendidikan mempunyai kuasa penuh dalam hal ini, difahamkan terdapat 1,550 kuota untuk pelajar perubatan, namun hanya 919 pelajar sahaja yang berjaya mengisi tempat berkenaan, saya juga akan berjumpa dengan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh untuk membincangkan perkara tersebut. "Kementerian tiada mempunyai halangan untuk IPT mengambil pelajar dalam bidang perubatan, namun mereka haruslah mempunyai tempat, tenaga pengajar, katil perubatan yang mencukupi untuk pelajar menimba ilmu," katanya. Dalam perkembangan lain, katanya, kementerian kini menjalankan kerjasama dengan Royal College of Surgeons of Edinburgh untuk menghantar doktor-doktor di negara ini menjalankan latihan di kolej berkenaan untuk mendapatkan taraf doktor pakar. "Doktor-doktor ini akan dihantar mengikuti pengkhususan masing-masing, di sana dan mereka boleh mengambil peperiksaan yang berkaitan dan diiktiraf untuk mendapat taraf doktor pakar. "Perkembangan ini adalah satu inisiatif yang amat dialu-alukan untuk menambah bilangan doktor pakar di negara ini, justeru untuk merealisasikan usaha tersebut satu memorandum Pprsefahaman (MoU) telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak hari ini," katanya. Read More...
 

Awam khidmat untuk rakyat & usahawan

Kerajaan khidmat untuk warga

tahukah-anda-jejak-anda-di-internet-dipantau-dan-direkodkanTahukah anda? Jejak anda di internet dipantau dan direkodkan! ..baca lagi50
soal-selidik-pengguna-1govucPengguna 1GovUC sila menyertai soal selidik dalam talian ini seperti butiran berikut. ..baca lagi25
pindaan-elaun-makan-dan-kadar-elaun-hotelPindaan bagi kadar elaun makan dan bayaran sewa hotel bagi pegawai yang menjalankan tugas rasmi ..baca lagi94
pelaksanaan-lnpt-bagi-tahun-2014Pelaksanaan LNPT bagi tahun 2014 akan bermula pada 1 Oktober 2014 ..baca lagi75
 
bullet

Rujukan Perkhidmatan Internet | pautanlain Lagi Pautan

email 1GovUChrmismycpddirektorivirtuallibrarypenyatagaji

Rujukan e-Perkhidmatan | pautanlain Lagi e-Perkhidmatan

mymeetingsistem_sp7icthelpdeskaduantpcjadualkaunseling

pekeliling
direktori
video
gambar
 

Image 5

A

pakah pelalian HPV ?  


Pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut :

Suntikan pertama - tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/kllinik.
Suntikan kedua - 1 bulan selepas suntikan pertama.
Suntikan ketiga - 6 bulan dari suntikan pertama.

Vaksin yang digunakan untuk pelalian ini tidak mengandungi produk yang meragukan.

Kenapa Anak Gadis 13 Tahun Saya Perlu Mendapatkan Pelalian HPV ?
Anak gadis anda berisiko untuk dijangkiti HPV. Pelalian ini boleh melindunginya dari mendapat kanser servik di masa akan datang.

Pada masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia hanya memberi pelalian secara percuma kepada semua gadis 13 tahun.

Di Mana Anak Gadis Saya Boleh Mendapatkan Pelalian HPV ?
Jika anak gadis anda bersekolah, pelalian akan diberi di sekolah. Jika anak gadis anda tidak bersekolah, dapatkannya di klinik kesihatan.

Bagaimana Sekiranya Anak Gadis Saya Yang Tidak Termasuk Di Dalam Kumpulan Sasar Ini Hendak Mendapatkan Pelalian ?
Pelalian ini hanya diberi kepada remaja perempuan yang bersekolah di tingkatan 1 dan/atau berumur 13 tahun pada tahun semasa. Bagi golongan yang tidak termasuk dalam kumpulan yang disasarkan, pelalian ini boleh didapati di klinik dan hospital swasta dengan kadar caj tertentu.

Apakah Peranan Saya Sebagai IbuBapa/Penjaga ?
Beri persetujuan bertulis untuk melayakkan anak anda menerima pelalian secara percuma. Pastikan anak anda melengkapkan tiga suntikan pelalian secara percuma. 3 suntikan pelalian boleh memberi perlindungan optima untuk gadis anda dari jangkitan HPV.

Siapa Yang Akan Memberi Suntikan ?
Suntikan akan diberikan oleh anggota kesihatan yang bertauliah dan terlatih.

Adakah Vaksin Ini Halal?
Vaksin ini tidak mengandungi produk yang meragukan.

Adakah Anak Gadis Saya Akan Mengalami Masalah Selepas Disuntik ?
Pelalian ini adalah selamat. Seperti pelalian lain, anak gadis anda mungkin mengalami sakit atau bengkak di tempat suntikan. Sekiranya, anak gadis anda mengalami masalah lain akibat suntikan, sila dapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital yang berdekatan.

Adakah Pelalian Ini Akan Menyebabkan Anak Saya Mandul ?
Tidak. Pelalian ini tidak menyebabkan kemandulan.

Apakah Keadaan Yang Tidak Membolehkan Anak Gadis Saya Diberi Pelalian HPV ?
Anak anda tidak akan diberi pelalian atas sebab-sebab berikut :

  • Pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama atau suntikan kedua.
  • Pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital.
  • Hamil.


Apakah Tindakan Saya Jika Anak Saya Terlepas Tarikh Temujanji Pelalian ?
Jika anak anda tidak sihat atau tidak hadir ke sekolah pada hari pelalian, tarikh temujanji baru akan diberi oleh anggota Kesihatan.

Maklumat tambahan :
Maklumat tambahan berkaitan pelalian HPV boleh didapati melalui :

  • Doktor atau anggota Kesihatan di sekolah atau di klinik.
  • Layari www.myhealth.gov.my atau www.moh.gov.my.
  • Hubungi Hotline HPV : 1 - 800 - 88 - 1478
Previous Next