1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer
  • Kem Kesihatan KK Arau

  • Hari Farmasi Bersama Masyarakat

  • Kanak-kanak Hilang

  • Pengenalan Konjunktivitis

Hari Farmasi Bersama Masyarakat

Hari Farmasi Bersama Masyarakat

Hari Farmasi Bersama Masyarakat Negeri Perlis.

Tarikh: 27-28 September 2014

Masa: 8 pagi hingga 5 petang

Tempat:  Perkarangan Kompleks Tok Arau (C-Mart)

 

Aktiviti-aktiviti menarik menanti anda, antaranya:

Pertandingan "Pharm Quiz" Antara Sekolah, Pameran Poster, Khidmat Nasihat Ubat-ubatan,

Cabutan Bertuah, Teka Bilangan Kapsul, "Snake And Ladder" Farmasi, Kuiz "Crossword Puzzle".

Anjuran: Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

Read more...

Kanak-kanak Hilang

Kanak-kanak Hilang

Kanak-kanak Hilang

NO. LAPORAN POLIS: JALAN PATANI REPOT: 11438/14

NAMA: SAKIL BUL BUL MIA

UMUR:  4 TAHUN

PAKAIAN TERAKHIR DIPAKAI IALAH BAJU T-SHIRT BERKOLAR WARNA MERAH DAN BIRU DAN BERSELUAR PENDEK WARNA HITAM.

TANDA-TANDA FIZIKAL DAN MASALAH KESIHATAN: BERKULIT WARNA PERANG DAN BADAN CHUBBY.

MASA/TARIKH HILANG: 14.8.14 JAM LEBIH KURANG 1700 HRS

LOKASI TERAKHIR: DI DALAM RUMAH ALAMAT NO.56 JALAN 3, LEBUH PREGRASIVE, GEORGETOWN.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN POLIS: INSP KHOR KANG LEARN DITALIAN 017-3558477 ATAU HUBUNGI BALAI POLIS JALAN PATANI DI TALIAN 04-2181822.

Read more...

Pengenalan Konjunktivitis

Pengenalan Konjunktivitis

Penyakit Konjunktivitis (Sakit Mata)

Pengenalan
Konjunktivitis (Sakit Mata) adalah radang pada bahagian putih mata. Ia disebabkan oleh kuman (bakteria atau virus) atau alahan.

Cara Jangkitan
Konjunktivitis boleh merebak dengan cepat dari seorang pesakit kepada orang lain melalui:

  • Bergaul rapat dengan orang yang sakit mata
  • Berkongsi sapu tangan, tuala dan bantal

Tanda-tanda

  • Mata merah, berair dan pedih
  • Discaj (tahi mata) berlebihan
  • Mata terasa gatal
  • Mata sensitif terhadap cahaya

Pencegahan

  • Membasuh tangan dengan sabun dan air sebelum dan selepas menyentuh mata
  • Elakkan bergaul rapat dengan pesakit mata
  • Jangan benarkan orang lain menggunakan barangan peribadi anda

Rawatan
Jika anda dijangkiti, sila dapatkan rawatan di klinik/hospital berdekatan dengan segera.

Elakkan Diri Anda Daripada Jangkitan
Anda Boleh Mencegahnya!!!

 

Read more...
Previous
Next

Pejabat Kesihatan Kangar

DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN

Kementerian Kesihatan Malaysia

Adalah menjadi dasar, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terlibat dalam aktivitiaktivitinya berada di persekitaran kerja yang sihat dan selamat.

Pihak pengurusan dan pekerja akan bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dasar ini melalui rundingan dan kerjasama yang berterusan.

Dasar Kementerian Kesihatan Malaysia

  • Menyediakan dan menyenggarankan suatu tempat kerja yang sihat, selesa dan selamat dengan mengambilkira kehendak undang-undang mengenai keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturan dan tata amalan-tata amalan yang diluluskan.
  • Memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja diberikan penarafan yang seimbang dengan pencapaian dan produktiviti organisasi.
  • Menggalakkan penyertaan anggota dalam aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
  • Mengutamakan aspek kesihatan dan keselamatan dalam perancangan dan penilaian semua projek, operasi dan pembelian.
  • Memastikan semua pekerja diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara menjalankan tugas mereka dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
  • Memastikan semua Kontraktor yang menjalankan kerja setiap masa mematuhi peraturan kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan.
  • Melaporkan dan menyiasat setiap kejadian berbahaya dan kemalangan yang boleh dan telah menyebabkan kecederaan atau penyakit-penyakit pekerjaan.
  • Memastikan fasiliti-fasiliti kesihatan mematuhi standard minima bagi keselamatan dan kesihatan persekitaran.
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan asas bagi semua pekerja termasuk peralatan pencegahan dan keselamatan diri, dan
  • Mengkaji semula dasar ini dari semasa ke semasa.
  • Kementerian Kesihatan Malaysia yakin kecemerlangan dan kejayaan program dan aktiviti-aktivitinya dapat dicapai sepenuhnya melalui amalan budaya kerja sihat dan selamat di kalangan pekerjanya.

POLISI KUALITI

PEJABAT KESIHATAN KANGAR

 

Kami adalah KOMITED manjadikan Pejabat Kesihatan Daerah Kangar Sebagai jabatan yang CEMERLANG dengan menjadikan perkhidmatan yang BERKUALITI tanpa mengira budaya dan status pelanggan serta berusaha untuk membuat PENAMBAHBAIKAN secara BERTERUSAN melalui teknologi yang bersesuaian dan KEPATUHAN yang konsisten kepada SISTEM KUALITI bagi meningkatkan taraf kesihatan

(Lihat / Muat Turun)

Maklumat Pejabat Kesihatan Kangar

Visi dan Misi | Pejabat Kesihatan Kangar…

Visi dan Misi | Pejabat Kesihatan Kangar… (9581)

Admin JKNPls (Pejabat Kesihatan Kangar) 2012-03-20 04:13:43

VISI DAN MISI PEJABAT KESIHATAN KANGAR VISI Pejabat Kesihatan Kangar akan mengembeling tenag…

Read More...

Carta Organisasi | Pejabat Kesihatan Kangar…

Polisi Kualiti | Pejabat Kesihatan Kangar…

Polisi Kualiti | Pejabat Kesihatan Kangar… (1919)

Admin JKNPls (Pejabat Kesihatan Kangar) 2012-03-20 05:53:05

POLISI KUALITI PEJABAT KESIHATAN KANGAR   Kami adalah KOMITED manjadikan Pejabat Kesihatan Dae…

Read More...

Dasar Keselamatan dan Kesihatan…

Dasar Keselamatan dan Kesihatan… (3422)

Admin JKNPls (Pejabat Kesihatan Kangar) 2012-03-20 05:54:59

DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN Kementerian Kesihatan Malaysia Adalah menjadi dasar, Kementerian…

Read More...