Berita Aktiviti

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Carian Lain

12 Oktober 2018 (Jumaat) : YB Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Sesi lawatan beliau turut disertai oleh YB Tuan Teh Chai Aan, EXCO Kesihatan Negeri Perlis, YB Tuan Noor Amin bin Ahmad, Ahli Parlimen Kangar dan YB Puan Gan Ay Ling, Ahli Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan.

Ketibaan beliau ke JKN Perlis disambut oleh YBrs. Dr. Sirajuddin bin Hashim, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis dan para pegawai JKNPs. Semasa sesi lawatan ini, YB turut diberikan taklimat mengenai Perkhidmatan Kesihatan Negeri Perlis yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Othman bin Warijo, Pengarah Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.