Berita Aktiviti

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Carian Lain


(untuk size besar klik pada imej)

13 November : Majlis Penilaian dan Penamatan Program Pementoran telah disempurnakan oleh TPKN Pengurusan, En Azmi bin Abd Latip sebagai mewakili Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim dengan dihadiri oleh TPKN Bahagian Kesihatan Awam, BKKM, Wakil Pergigian, Farmasi, dan Pengarah HTF.

Seramai 33 Mentor dan Menti (16 Mentor, 17 Menti) telah berjaya menamatkan program selama 6 bulan ini dari April hinga Oktober 2018.

Rata-rata Mentor dan Menti menyatakan program ini bermanfaat dan membantu dalam aspek perkhidmatan, peribadi, sosial, dari giringan dan bimbingan oleh Mentor yang baik dan Menti yang berpotensi besar.

Semoga program ini dapat diteruskan dan memberi manfaat kepada anggota kesihatan di kesemua Bahagian dan PTJ untuk tahun seterusnya berbekalkan petunjuk impak dan kesan kepada anggota keseluruhannya.

Tahniah kepada semua Pegawai Psikologi JKN Perlis dan HTF, Pn Maznah Ibrahim, En Nur Afiq Ismail, Pn Nur Iwana Yazid dan Staf Unit Psikologi Kaunseling, En Hadi, atas usaha keras dalam menjayakan program ini dari sudut pemantauan, sokongan dan giringan penuh yang diberikan.