Berita Aktiviti

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Carian Lain

Tarikh    :  6 Disember 2018
Masa     :  8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat :  Auditorium Dr. Syed Mahmood, Kompleks JKN Perlis

Keterangan
Bahagian Pengurusan telah menganjurkan Hari Integriti JKN Perlis 2018 sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran dan membudayakan integriti dalam kalangan penjawat awam terutama Anggota Kesihatan di Negeri Perlis. Antara pengisian program adalah dua (2) slot ceramah yang disampaikan oleh pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Perlis dan Unit Integriti Kementerian Kesihatan Malaysia. Di samping itu, terdapat booth Jabatan Penjara Malaysia Negeri Perlis dan Majlis Agama Islam Negeri Perlis.

Lihat gambar