Berita Aktiviti

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Carian Lain

Tarikh : 9 Mac 2019

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Aktiviti : Karnival WALK (When Active Living Kicks)

Keterangan : Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah melancarkan Kempen Hidup Aktif yang dikenali sebagai WALK (When Active Living Kicks) di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Kempen WALK ini adalah pengukuhan daripada Kempen Cara Hidup Sihat yang telah dilancarkan pada tahun 1991, fokus kempen WALK ini bermula 2018 sehingga tahun 2025 ialah untuk menggalakkan Rakyat Malaysia untuk hidup secara aktif. Perasmian Kempen WALK Peringkat Negeri Perlis tahun ini akan disempurnakan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan untuk semua. Sokongan anggota kesihatan penting dalam menunjukkan contoh tauladan yang baik, Walk The Talk kepada masyarakat yang lain.

Antara aktviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah :

  • WALK Perlis 2019 : Kayuhan MAIPs Peduli dan Sumbangan Asnaf
  • WALK Perlis 2019 : Otai Active
  • WALK Perlis 2019 : Lets Explo n Race & Lets Fit n Fun
  • WALK Perlis 2019 : Soccer Fun Kick
  • WALK Perlis 2019 : Health Screening, Fitness assessment, Exhibition Zones
  • WALK Perlis 2019 : 2 Hours Aerobathon Challenge
  • WALK Perlis 2019 : Majlis Perasmian

Lihat gambar :