Berita Aktiviti

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Carian Lain

11 April 2019 : Majlis Apresiasi JKN Perlis Tahun 2018 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha KKM pada 11 April 2019. Majlis ini adalah bertujuan bagi menghargai 308 warga Jabatan yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang sepanjang tahun 2018 dan telah diperakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Jumlah penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional adalah seramai 64 orang dan kumpulan sokongan seramai 244 orang. Manakala pecahan mengikut jantina pula, penerima lelaki adalah seramai 95 orang dan penerima wanita seramai 213 orang. Selain itu juga majlis ini turut menghargai 44 orang warga Jabatan yang telah memasuki alam persaraan dan mengenang jasa 4 orang warga kesihatan yang telah terlebih dahulu pergi menghadap pencipta.

Selaras dengan tema majlis iaitu “Mempertingkatkan Profesionalisme dan Keberkesanan Perkhidmatan Awam”, YBhg. KSU di dalam ucapannya turut menekankan agar warga Jabatan memberi penekanan tehadap aspek pengukuhan profesionalisme untuk dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan KKM dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkesan kepada masyarakat.

Syabas dan tahniah kepada semua penerima penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2018 dan setinggi-tinggi penghargaan ke atas bakti dan jasa yang telah sepenuh hati dicurahkan oleh pesara warga kesihatan selama perkhidmatan di KKM.

Lihat gambar :