Berita Aktiviti

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Carian Lain

Tarikh : 31 Julai - 4 Ogos 2019

Anjuran : Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Kedah

Peringkat : Kementerian Kesihatan Malaysia

Keterangan :

Karnival Kecergasan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah bertujuan untuk mendorong anggota-anggota Jabatan Kesihatan Negeri untuk terlibat  dalam  aktiviti  kecergasan  yang secara langsung meningkatkan tahap kesihatan diri. Selain dari  itu,  aktiviti sukan  juga dapat  mengeratkan hubungan yang baik di kalangan anggota. Karnival Kecergasan Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan acara peringkat kebangsaan  yang diadakan sekali dalam dua tahun. Sehubungan dengan  itu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Kedah telah  diberi penghormatan  untuk menganjurkan Karnival Kecergasan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2019 yang melibatkan 17 kontinjen yang akan bertanding dalam 15 acara sukan.