Berita Aktiviti

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Carian Lain

Tarikh : 25 Ogos 2020 (Selasa)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Klinik Kesihatan Kg. Gial

Perlis, 25  Ogos 2020 - Satu lagi usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam meningkatkan sistem penyampaian kesihatan melalui projek menaiktaraf fasiliti kesihatan iaitu Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Kg. Gial, Perlis. Majlis penyerahan projek telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Radzwan Kasim, Timbalan Ketua Pengarah, Kerja Raya Malaysia kepada Dato’ Seri Dr Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Kg. Gial, Perlis ini telah bermula pada 10 Mei 2017 dan telah siap sepenuhnya serta mendapat “Certificate of Practical Completion (CPC)” pada 10 Julai 2020. Pelaksanaan projek ini adalah menggunakan pelan piawai (pre approved plan).

Klinik Kesihatan Jenis 3 ini mampu untuk menerima kedatangan pesakit seramai 300 orang secara purata sehari. Klinik ini menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti Klinik Ibu dan Anak, Unit Farmasi, Unit Makmal, Unit Pesakit Luar, Unit Kecemasan, Unit X-ray, Unit Pentadbiran, Health Education & Staff Training dan Klinik Pergigian. Klinik serba moden dan canggih dari segi teknologi dan infrastruktur serta akan memberikan nilai tambah (added value) segi kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat.

Turut hadir, YBrs. Dr. Sirajuddin bin Hashim, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, YBrs Dr. Mohd Khalid bin Abdul Samad, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan (Pembangunan) KKM, YBrs Ar. Idr. Azman bin Md. Hashim, Pengarah CKK, JKR Malaysia , serta YBrs. Tuan Haji Ismail bin Mohammad, Pengarah JKR Perlis.