Berita Aktiviti

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Carian Lain

Tarikh : 9 Oktober 2020
Tempat : Auditorium JKN Perlis
Anjuran : Bahagian Kesihatan Pergigian

Antara aktiviti utama ialah :

1) Sambutan Hari Sukan Negara ; yang merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

2) Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia ; yang disambut pada setiap 10 hari bulan Oktober dan sambutan Bulan Kaunseling disambut sepanjang bulan Oktober 2020. Sambutan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran umum tentang kepentingan serta menjana sokongan tentang aspek-aspek penjagaan kesihatan mental.  
Tema sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia pada tahun ini ialah “Kesihatan Mental Milik Semua, Let’s TALK Minda Sihat: ‘Mental Health For All, Greater Investment, Greater Acess” dan “Kaunseling Ke arah Kesejahteraan Masyarakat”.

Antara kempen yang diperkenalkan adalah:
a) Kempen Let’s TALK Minda Sihat ; #letstalkmindasihat
T = Tell someone you trust
A = Ask for help
L = Listen without judgement
K = Know where to seek help
b) Kempen Green Walk Challenge sempena Hari Kesihatan Mental 2020
Berjalan sebagai tanda sokongan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental.

Lihat gambar :