Berita Aktiviti

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Carian Lain

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019 Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah dilansungkan dengan empat sesi pada 14 Oktober 2020 (Rabu) di Auditorium Dr. Syed Mahmood, JKN Perlis mengikut pematuhan kepada prosedur operasi standard atau S.O.P yang ditetapkan selaras dengan pelaksanaan norma baharu dan penganjuran majlis.

Majlis ini diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan sewajarnya kepada warga Jabatan yang telah menyampaikan perkhidmatan dengan cemerlang dan secara tidak lansung mencerminkan keberkesanan perkhidmatan awam.

Tema Norma Baharu Atma Kecemerlangan telah dipilih sebagai tema majlis. Atma yang bermaksud jiwa atau nyawa merupakan keazaman yang tinggi oleh semua anggota kesihatan bagi menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang selaras dengan norma baharu sama ada dalam perkhidmatan, di tempat kerja dan juga dalam kehidupan seharian.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan buat barisan urusetia dan ahli jawatankuasa Majlis APC JKN Perlis Tahun 2020.

Lihat gambar :