Berita Aktiviti

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Carian Lain

Kangar, 13 April 2017 Majlis Penyerahan Papan Tanda Larangan Taman Awam dan Taman Negeri Bebas Asap Rokok Kepada Jabatan-jabatan bertempat di Denai Larian telah berjaya disempurkan olehYB Tuan Haji Jafperi Bin Othman (Exco Kesihatan, Kemudahan & Prasarana Awam Kemajuan Luar Bandar & Perbasmian Kemiskinan).

Pertubuhan Kesiahatan Sedunia sedang berusaha ke arah dunia bebas asap rokok atau pun "The End Game". Dimana menjelang tahun 2045 terdapat kurang dari 5 peratus perokok di dunia ini.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut satu persefahaman yang dikenali sebagai Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) telah diwujudkan, di mana Negara kita telah menjadi ahli secara rasminya pada tahun 2005.

Strategi MPOWER telah diperkenalkan untuk dilaksanakan oleh Negara-negara yang menandatangani FCTC tersebut.

Di bawah strategi P iaitu "Protect People From Tobacco Smoke". Berbagai-bagai usaha telah diadakan. Diantaranya adalah dengan mewujudkan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau di bawah akta makanan 1984 bagi melindungi orang awam dari bahaya asap rokok.

Di dalam peraturan-peraturan Kawalan Hasil ini turut dinyatakan tempat-tempat larangan merokok.

Bermula 1 Februari yang lalu taman-taman awam dan juga taman negara/taman negeri telah diwartakan sebagai tempat atau kawasan larangan merokok. Di mana jika disabitkan kesalahan perokok boleh dikenakan kompaun sehingga rm 5,000 atau denda RM10,000 atau penjara selama tidak lebih dari 2 tahun.

Adalah menjadi tanggungjawab pemilik tempat-tempat larangan merokok ini memastikan papan tanda larangan merokok di sediakan bagi memberi peringatan kepada orang ramai akan larangan tersebut.

Di Perlis taman-taman awam yang diwartakan terletak di bawah 3 jabatan utama iaitu Majlis Perbandaran Kangar, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Perhutanan.

Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah menyediakan papantanda-papantanda larangan merokok di taman-taman di bawah seliaan jabatan-jabatan tersebut walaupun ianya pada dasarnya menjadi tanggungjawab jabatan-jabatan tersebut untuk menyediakan papantanda-papantanda larangan tersebut.

Unit Inspektorat dan Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri adalah bertanggungjawab untuk mengadakan penguatkuasaan samada penguatkuasaan pendidikan mahupun penguatkuasaan perundangan. Adalah dengan ini diharapkan agar Unit Inspektorat dan Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan dengan lebih menyeluruh dan jayanya.

Lihat gambar