Berita Aktiviti

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa bertekad untuk memastikan semua warga sekolah tidak kira sama ada golongan pendidik, murid dan kakitangan pentadbiran untuk sentiasa sihat dan mengamalkan cara hidup yang sihat.

Harapan semoga ahli Kelab Doktor Muda terus mendapat sokongan dan diberi peluang untuk menyampaikan maklumat kesihatan terutama dalam aspek pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal.

Pemakanan yang sihat dan amalan aktiviti fizikal perlu selari kerana pemilihan makanan yang seimbang dan amalan fizikal yang berterusan mampu menjauhkan diri kira dari menghadapi obesiti.

Usaha murni yang dilakukan oleh Doktor Muda bukan sahaja bertujuan untuk mengisi masa lapang semata-mata malah untuk kebaikan kita semua. Guru juga haruslah menunjukkan teladan yang baik kepada murid dengan mengamalkan amalan hidup sihat seperti makan secara sihat, tidak merokok, sentiasa bersenam dan berfikiran positif.

"Selamat Menyambut Minggu Doktor Muda 2017"

Antara Gambar-gambar disepanjang Minggu Doktor Muda Di Sekolah-sekolah Negeri Perlis.

 

Save

Save