Berita Aktiviti

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Carian Lain

Karnival dan Seminar Bijak Wang Untuk Anggota Kesihatan Negeri Perlis 2018


Tarikh: 30 Januari 2018
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Auditorium JKN Perlis dan Sekitar Luar Audi
Penyertaan: Semua Anggota kesihatan JKN Perlis termasuk HTF, PKD, KK

Booth Agensi Kewangan: AG (cek wang tak dituntut), AKPK (Print CCIRS), ASB, Tabung Haji, PTPTN, Koop Bank Persatuan, dan Public Mutual
Anjuran: Unit Psikologi & Kaunseling dan Unit Latihan, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Seramai 138 peserta Karnival dan Seminar Bijak Wang 2018 tidak termasuk anggota lain yang singgah untuk mendapatkan khidmat dari agensi yang hadir. Dianggarkan sekitar sejumlah 250 orang staf mendapat manfaaat dari perkhidmatan yang disediakan secara 'on the spot' bagi membantu mengurus wan secara bijak, dalam bentuk simpanan, pelaburan, dan perancangan kredit seterusnya.

Terdapat ceramah dari Pegawai AKPK, Pegawai Sumber Manusia, Pegawai Psikologi, Wakil Agensi Booth, Senam Tari Brain Gym dan Slot Forum Bicara Santai dari anggota kesihatan berkaitan aktiviti kerja sampingan dan penyeimbangan dengan kerja hakiki.

Maklumbalas dari agensi kewangan jemputan, rata-rata berpuas hati dengan sambutan dan komitmen dari anggota yang singgah ke booth dan peserta perolehi celik akal dari segi pengurusan kredit dan wang peribadi keluarga masing-masing.

Semoga ia dapat diteruskan untuk tahun akan datang sebagai acara tahunan.

Karnival dan Seminar ini dialu-alukan penyampaiannya oleh En Azmi bin Abdul Latip, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) yang dalam ucapannya beliau menyokong penuh usaha ini. Seterusnya pihak beliau sentiasa berusaha untuk membantu anggota agar mendapat bayaran kenaikan gaji tahunan lebih awal bagi kenaikan bulan Januari.

Karnival dan Seminar Bijak Wang ini berobjektif seperti berikut:

Objektif program :

1. Memberi pendidikan kewangan kepada anggota Kesihatan Negeri Perlis dari pegawai AKPK yang telah berpengalaman dalam membantu menguruskan kewangan peribadi orang ramai terutama anggota kerajaan.

2. Menyediakan platform penyelesaian isu kewangan peribadi secara 'on the spot' dari booth yang dibuka sepanjang hari karnival.

3. Memberi pendedahan dan idea berkenaan aktiviti wang saku tambahan yang dilakukan secara sampingan di samping mengekalkan prestasi kerja yang ulung di tempat kerja melalui perkongsian anggota kesihatan dari pelbagai peringkat perjawatan.

 

Lihat gambar: