Situasi Semasa Kejadian Denggi

Negeri Perlis Tahun 2018

Carian Lain

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

KENYATAAN AKHBAR
OLEH
DR HJ ZAINI B HUSSIN
PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS

LAPORAN MINGGUAN SITUASI SEMASA KEJADIAN DENGGI NEGERI PERLIS TAHUN 2018


1.    TUJUAN

Tujuan laporan ini adalah untuk melaporkan situasi Demam Denggi di Negeri Perlis bagi minggu Epid 06/2018 yang bermula dari 04.02.2018 hingga 10.02.2018.

2.    SITUASI DEMAM DENGGI

2.1    Pada Minggu Epid ke 06 yang berakhir pada10.02.2018, lima kes Demam Denggi didaftarkan. Ini menunjukkan penurunan dua  kes berbanding dengan jumlah kes minggu Epid sebelumnya (ME 05/2018 tiga kes daftar).
2.2    Secara kumulatif sehingga minggu Epid ke 06/2018, jumlah kes Demam Denggi/ Demam Denggi Berdarah adalah sebanyak 32 kes. Terdapat peningkatan 10 kes iaitu 45% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (22 kes).
2.3    Tiada kematian akibat Demam Denggi dilaporkan pada Minggu Epid 06/2018.

2.4    Satu wabak baru dilaporkan pada Minggu Epid 06/2018 iaitu di lokaliti Kg Tanah Baru, Mukim Kuala Perlis yang telah diisytihar pada 08.02.2018. Wabak bermula pada 07.02.2018 dan tarikh jangkaan tamat wabak pada 21.02.2018. kumulatif kes sehingga minggu epid 06/2018 adalah sebanyak 2 kes.

2.5    Tiada wabak terkawal dilaporkan pada Minggu Epid 06/2018.


2.6    Dua wabak tamat dilaporkan pada minggu epid 06/2018 iaitu wabak pertama ialah wabak di lokaliti RPA Kuala Perlis, Mukim Kuala Perlis yang telah diisytihar pada 25.01.2018. Wabak bermula pada 24.01.2018 dan telah tamat pada 08.02.2018. Kumulatif kes sehingga minggu epid 06/2018 adalah sebanyak 3 kes. Wabak kedua ialah wabak di lokaliti Pangsapuri Kuala Perlis, Mukim Kuala Perlis yang telah diisytihar pada 26.01.2018. Wabak bermula pada 25.01.2018 dan telah tamat pada 08.02.2018. Kumulatif kes sehingga minggu epid 06/2018 adalah sebanyak 2 kes.

2.7    Secara kumulatif pada minggu Epid 06/2018, lima episod wabak dilaporkan. Terdapat peningkatan satu kejadian wabak bagi tempoh masa yang sama berbanding tahun 2017 iaitu empat kejadian wabak dilaporkan.


3.    AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI

3.1    Pada minggu Epid ke 06 terdapat 1096 aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan Aedes dijalankan yang melibatkan 27 kawasan di seluruh Negeri Perlis.

3.2    Hasil pemeriksaan mendapati 21  premis positif pembiakan Aedes ditemui.

3.3    Enam kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.

Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:

i.    DUN KUALA PERLIS
a.    Kg Tanah Baru, MUKIM Kuala Perlis
b.    Kg Seberang Tok Pi, MUKIM Kuala Perlis
c.    Kg Pulau Ketam, MUKIM Kuala Perlis

ii.    DUN SENA
a.    Kg Padang Petani, MUKIM Jejawi

iii.    DUN KAYANG
a.    PPRT Tok Kuning, MUKIM Kayang

iv.    DUN SIMPANG EMPAT
a.    Kg Sungai Baru, MUKIM Sanglang


Tarikh :12 Februari  2018   

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Dr Khaironisak Binti Haron
Ketua Penolong Pengarah Kanan Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri  Perlis
Lot 217, Mukim UtanAji, Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.