Situasi Semasa Kejadian Denggi

Negeri Perlis Tahun 2018

Carian Lain

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

KENYATAAN AKHBAR
OLEH
DR HJ ZAINI B HUSSIN
PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS

LAPORAN MINGGUAN SITUASI SEMASA KEJADIAN DENGGI NEGERI PERLIS TAHUN 2018


1.    TUJUAN

Tujuan laporan ini adalah untuk melaporkan situasi Demam Denggi di Negeri Perlis bagi minggu Epid 07/2018 yang bermula dari 18.02.2018 hingga 24.02.2018.

2.    SITUASI DEMAM DENGGI

2.1    Pada Minggu Epid ke 07 yang berakhir pada 24.02.2018, empat kes Demam Denggi didaftarkan. Ini menunjukkan penurunan satu  kes berbanding dengan jumlah kes minggu Epid sebelumnya (ME 07/2018 lima kes daftar).
2.2    Secara kumulatif sehingga minggu Epid ke 08/2018, jumlah kes Demam Denggi/ Demam Denggi Berdarah adalah sebanyak 41 kes. Terdapat peningkatan 4 kes iaitu 10.81% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (37 kes).
2.3    Tiada kematian akibat Demam Denggi dilaporkan pada Minggu Epid 08/2018.

2.4    Ada satu wabak baru dilaporkan pada Minggu Epid 08/2018 iaitu di lokaliti Taman Utara Jaya, mukim Kuala Perlis yang telah diisytihar pada 23.02.2018. Wabak bermula pada 22.02.2018 dan tarikh jangkaan tamat wabak pada 08.03.2018. Kumulatif kes sehingga minggu epid 08/2018 adalah sebanyak 2 kes.

2.5    Ada satu wabak terkawal dilaporkan pada minggu epid 08/2018 iaitu di lokaliti Kg Tanah Baru, Mukim Kuala Perlis yang telah diisytihar pada 08.02.2018. Wabak bermula pada 07.02.2018 dan tarikh jangkaan tamat wabak pada 28.02.2018. Kumulatif kes sehingga minggu epid 08/2018 adalah sebanyak 3 kes.

2.6    Tiada wabak tamat dilaporkan pada minggu epid 08/2018.

2.7    Secara kumulatif pada minggu Epid 08/2018, 6 episod wabak dilaporkan. Terdapat persamaan kejadian wabak bagi tempoh masa yang sama berbanding tahun 2017 iaitu 6 kejadian wabak dilaporkan.

3.    AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI

3.1    Pada minggu Epid ke 08 terdapat 835 aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan Aedes dijalankan yang melibatkan 19 kawasan di seluruh Negeri Perlis.

3.2    Hasil pemeriksaan mendapati 10  premis positif pembiakan Aedes ditemui.

3.3    Lima kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.

  Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:


i.    DUN KUALA PERLIS
a.    Kg Tanah Baru, MUKIM Kuala Perlis
b.    Taman Bukit Kubu, MUKIM Kuala Perlis
c.    Taman Sejahtera, MUKIM Kuala Perlis
d.    Jalan Panggung Wayang, MUKIM Kuala Perlis
e.    Taman Utara Jaya, MUKIM Kuala Perlis


Tarikh :26 Februari  2018   

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Dr Khaironisak Binti Haron
Ketua Penolong Pengarah Kanan Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri  Perlis
Lot 217, Mukim UtanAji, Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.