Situasi Semasa Kejadian Denggi

Negeri Perlis Tahun 2018

Carian Lain

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

KENYATAAN AKHBAR
OLEH
DR HJ ZAINI B HUSSIN
PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS

LAPORAN MINGGUAN SITUASI SEMASA KEJADIAN DENGGI NEGERI PERLIS TAHUN 2018


1.    TUJUAN

Tujuan laporan ini adalah untuk melaporkan situasi Demam Denggi di Negeri Perlis bagi minggu Epid 09/2018 yang bermula dari 25.02.2018 hingga 03.03.2018.

2.    SITUASI DEMAM DENGGI

2.1    Pada Minggu Epid ke 09 yang berakhir pada 03.03.2018, dua kes Demam Denggi didaftarkan. Ini menunjukkan penurunan dua  kes berbanding dengan jumlah kes minggu Epid sebelumnya (ME 08/2018 empat kes daftar).
2.2    Secara kumulatif sehingga minggu Epid ke 09/2018, jumlah kes Demam Denggi/ Demam Denggi Berdarah adalah sebanyak 43 kes. Terdapat peningkatan 3 kes iaitu 7.5% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (40 kes).
2.3    Tiada kematian akibat Demam Denggi dilaporkan pada Minggu Epid 09/2018.

2.4    Tiada wabak baru dilaporkan pada Minggu Epid 09/2018.

2.5    Ada satu wabak terkawal dilaporkan pada minggu epid 09/2018 iaitu di lokaliti Taman Utara Jaya, mukim Kuala Perlis yang telah diisytihar pada 23.02.2018. Wabak bermula pada 22.02.2018 dan tarikh jangkaan tamat wabak pada 08.03.2018. Kumulatif kes sehingga minggu epid 09/2018 adalah sebanyak 2 kes.

2.6    Terdapat satu wabak tamat dilaporkan pada minggu epid 09/2018 iaitu di lokaliti Kg Tanah Baru, Mukim Kuala Perlis yang telah diisytihar pada 08.02.2018. Wabak bermula pada 07.02.2018 dan telah tamat wabak pada 28.02.2018. Kumulatif kes sehingga minggu epid 09/2018 adalah sebanyak 3 kes.


2.7    Secara kumulatif pada minggu Epid 09/2018, 6 episod wabak dilaporkan. Terdapat penurunan 1 kejadian wabak bagi tempoh masa yang sama berbanding tahun 2017 iaitu 7 kejadian wabak dilaporkan.


3.    AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI

3.1    Pada minggu Epid ke 09 terdapat 1353 aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan Aedes dijalankan yang melibatkan 24 kawasan di seluruh Negeri Perlis.

3.2    Hasil pemeriksaan mendapati 23  premis positif pembiakan Aedes ditemui.

3.3    Lapan kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.

 Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:


i.    DUN KUALA PERLIS
a.    Kg Seberang Alor, MUKIM Kuala Perlis
b.    Kg Wai, MUKIM Kuala Perlis
c.    Kg Seberang Tok Pi, MUKIM Kuala Perlis
d.    Kg Hujung Tanjung, MUKIM Kuala Perlis
e.    Taman Utara Jaya, MUKIM Kuala Perlis
f.    Kg Pulau Ketam, MUKIM Kuala Perlis

ii.    DUN KAYANG
a.    Kg Padang Benta, MUKIM Kayang

iii.    DUN CHUPING
a.    Kg Lubuk Machang, MUKIM Chuping


Tarikh : 05 Mac 2018   

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Dr Khaironisak Binti Haron
Ketua Penolong Pengarah Kanan  Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri  Perlis
Lot 217, Mukim UtanAji, Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.