Situasi Semasa Kejadian Denggi

Negeri Perlis Tahun 2018

Carian Lain

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

KENYATAAN AKHBAR
OLEH
DR HJ ZAINI B HUSSIN
PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS

LAPORAN MINGGUAN SITUASI SEMASA KEJADIAN DENGGI NEGERI PERLIS TAHUN 2018


1.    TUJUAN

Tujuan laporan ini adalah untuk melaporkan situasi Demam Denggi di Negeri Perlis bagi minggu Epid 10/2018 yang bermula dari 04.03.2018 hingga 10.03.2018.

2.    SITUASI DEMAM DENGGI

2.1    Pada Minggu Epid ke 10 yang berakhir pada 10.03.2018, tiga kes Demam Denggi didaftarkan. Ini menunjukkan peningkatan satu  kes berbanding dengan jumlah kes minggu Epid sebelumnya (ME 09/2018 dua kes daftar).
2.2    Secara kumulatif sehingga minggu Epid ke 10/2018, jumlah kes Demam Denggi/ Demam Denggi Berdarah adalah sebanyak 46 kes. Terdapat peningkatan 5 kes iaitu 12.19% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (41 kes).
2.3    Tiada kematian akibat Demam Denggi dilaporkan pada Minggu Epid 10/2018.

2.4    Tiada wabak baru dilaporkan pada Minggu Epid 10/2018.

2.5    Tiada wabak terkawal dilaporkan pada Minggu Epid 10/2018.

2.6    Ada satu wabak tamat dilaporkan pada minggu epid 10/2018 iaitu di lokaliti Taman Utara Jaya, mukim Kuala Perlis yang telah diisytihar pada 23.02.2018. Wabak bermula pada 22.02.2018 dan tarikh jangkaan tamat wabak pada 08.03.2018. Kumulatif kes sehingga minggu epid 10/2018 adalah sebanyak 2 kes.

2.7    Secara kumulatif pada minggu Epid 10/2018,6 episod wabak dilaporkan. Terdapat penurunan satu kejadian wabak bagi tempoh masa yang sama berbanding tahun 2017 iaitu 7 kejadian wabak dilaporkan.


3.    AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI

3.1    Pada minggu Epid ke 10 terdapat 1395 aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan Aedes dijalankan yang melibatkan 16 kawasan di seluruh Negeri Perlis.

3.2    Hasil pemeriksaan mendapati 13  premis positif pembiakan Aedes ditemui.

3.3    Lima kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.

  Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:

i.    DUN TITI TINGGI
a.    Kg Kolam, MUKIM Titi Tinggi
b.    Kg Melayu, MUKIM Titi Tinggi
c.    Felda Rimba Mas, MUKIM Titi Tinggi
d.    Felda Mata Ayer, MUKIM Titi Tinggi

ii.    DUN SENA
a.    Kg Abi Padang Machang, MUKIM Abi


Tarikh :12 Mac  2018   

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Dr Khaironisak Binti Haron
Ketua Penolong Pengarah Kanan Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri  Perlis
Lot 217, Mukim UtanAji, Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
- TAMAT -