Situasi Semasa Kejadian Denggi

Negeri Perlis Tahun 2018

Carian Lain

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

KENYATAAN AKHBAR
OLEH
DR HJ ZAINI B HUSSIN
PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS

LAPORAN MINGGUAN SITUASI SEMASA KEJADIAN DENGGI NEGERI PERLIS TAHUN 2018

1.    TUJUAN

Tujuan laporan ini adalah untuk melaporkan situasi Demam Denggi di Negeri Perlis bagi minggu Epid 11/2018 yang bermula dari 11.03.2018 hingga 17.03.2018.

2.    SITUASI DEMAM DENGGI

2.1    Pada Minggu Epid ke 11 yang berakhir pada 17.03.2018, tiga kes Demam Denggi didaftarkan. Ini menunjukkan persamaan  kes dengan jumlah kes minggu Epid sebelumnya (ME 10/2018 tiga kes daftar).
2.2    Secara kumulatif sehingga minggu Epid ke 11/2018, jumlah kes Demam Denggi/ Demam Denggi Berdarah adalah sebanyak 49 kes. Terdapat peningkatan 5 kes iaitu 11.36% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (44 kes).
2.3    Tiada kematian akibat Demam Denggi dilaporkan pada Minggu Epid 11/2018.

2.4    Tiada wabak baru dilaporkan pada Minggu Epid 11/2018.

2.5    Tiada wabak terkawal dilaporkan pada Minggu Epid 11/2018.

2.6    Tiada wabak tamat dilaporkan pada Minggu Epid 11/2018.

2.7    Secara kumulatif pada minggu Epid 11/2018,6 episod wabak dilaporkan. Terdapat penurunan satu kejadian wabak bagi tempoh masa yang sama berbanding tahun 2017 iaitu 7 kejadian wabak dilaporkan.
                             
3.    AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI

3.1    Pada minggu Epid ke 11 terdapat 1461 aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan Aedes dijalankan yang melibatkan 29 kawasan di seluruh Negeri Perlis.

3.2    Hasil pemeriksaan mendapati 21  premis positif pembiakan Aedes ditemui.

3.3    Lapan kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.

  Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:

i.    DUN KUALA PERLIS
a.    Taman Bukit Kubu, Mukim Kuala Perlis
b.    Rpa Kuala Perlis,Mukim Kuala Perlis

ii.    DUN PAUH
a.  Kampung Baru Pauh, MukimKurung Anai


iii.    DUN TAMBUNG TULANG
a.    Kampung Tambung Tulang ,Mukim Kurung Anai

iv.    DUN TITI TINGGI
a.    Kampung Titi Tinggi ,Mukim Titi Tinggi

v.    DUN KAYANG
a.  Kampung Kolam Raja ,Mukim Kayang
b.  Kampung Padang Besar Selatan ,Mukim Kayang

vi.    DUN SENA
 a. Taman Ira ,Mukim Sena   


Tarikh :19 Mac  2018   

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Dr Khaironisak Binti Haron
Ketua Penolong Pengarah Kanan Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri  Perlis
Lot 217, Mukim UtanAji, Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
- TAMAT -