Situasi Semasa Kejadian Denggi

Negeri Perlis Tahun 2018

Carian Lain

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

KENYATAAN AKHBAR
OLEH
DR HJ ZAINI B HUSSIN
PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS

LAPORAN MINGGUAN SITUASI SEMASA KEJADIAN DENGGI NEGERI PERLIS TAHUN 2018


1.    TUJUAN

Tujuan laporan ini adalah untuk melaporkan situasi Demam Denggi di Negeri Perlis bagi minggu Epid 12/2018 yang bermula dari 18.03.2018 hingga 24.03.2018.

2.    SITUASI DEMAM DENGGI

2.1    Pada Minggu Epid ke 12 yang berakhir pada 24.03.2018, lima kes Demam Denggi didaftarkan. Ini menunjukkan peningkatan dua  kes dengan jumlah kes minggu Epid sebelumnya (ME 11/2018 tiga kes daftar).
2.2    Secara kumulatif sehingga minggu Epid ke 12/2018, jumlah kes Demam Denggi/ Demam Denggi Berdarah adalah sebanyak 54 kes. Terdapat peningkatan 6 kes iaitu 12% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (48 kes).
2.3    Tiada kematian akibat Demam Denggi dilaporkan pada Minggu Epid 12/2018.

2.4    Ada satu  wabak baru dilaporkan pada Minggu Epid 12/2018. Wabak di lokaliti Kampung Kolam Raja, Mukim Kayang telah diisytiharkan pada 20/03/2018. Wabak bermula pada 19/03/2018 dan dijangka tamat pada 05/04/2018. Jumlah kes denggi yang dilaporkan setakat minggu epid 12/2018 adalah sebanyak 4 kes. Kes pertama dan kes kedua berada di dalam jarak 48 meter.Kes ketiga merupakan isteri kepada kes kedua .Kes Keempat merupakan jiran dalam jarak 120 meter dari rumah kes kedua wabak . Terdapat 57 buah rumah dalam lokaliti wabak. Jumlah penduduk adalah seramai 228 orang. Penduduk yang mendiami lokaliti ini adalah berbangsa melayu

2.5    Tiada wabak terkawal dilaporkan pada Minggu Epid 12/2018.

2.6    Tiada wabak tamat dilaporkan pada Minggu Epid 12/2018.

2.7    Secara kumulatif pada minggu Epid 12/2018,7 episod wabak dilaporkan. Terdapat penurunan 2 kejadian wabak bagi tempoh masa yang sama berbanding tahun 2017 iaitu 9 kejadian wabak dilaporkan.


3.    AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI

3.1    Pada minggu Epid ke 12 terdapat 766 aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan Aedes dijalankan yang melibatkan 14 kawasan di seluruh Negeri Perlis.

3.2    Hasil pemeriksaan mendapati 8  premis positif pembiakan Aedes ditemui.

3.3    Lima kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.

  Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:
i.    DUN CHUPING
a.    Felda Chuping, Mukim Chuping

ii.    DUN TITI TINGGI
a.  Felda Rimba Mas, Mukim Titi Tinggi


iii.    DUN KAYANG
a.    Kampung Kolam Raja ,Kayang

iv.    DUN INDERA KAYANGAN
a.    Taman Hijrah ,Mukim Utan Aji

v.    DUN BESERI
a.  Taman Beseri Jaya ,Mukim Beseri
   


Tarikh :26  Mac  2018   

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Dr Khaironisak Binti Haron
Ketua Penolong Pengarah Kanan Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri  Perlis
Lot 217, Mukim UtanAji, Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.