Situasi Semasa Kejadian Denggi

Negeri Perlis Tahun 2018

Carian Lain

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

KENYATAAN AKHBAR
OLEH
DR HJ ZAINI B HUSSIN
PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS

LAPORAN MINGGUAN SITUASI SEMASA KEJADIAN DENGGI NEGERI PERLIS TAHUN 2018


1.    TUJUAN

Tujuan laporan ini adalah untuk melaporkan situasi Demam Denggi di Negeri Perlis bagi minggu Epid 13/2018 yang bermula dari 25.03.2018 hingga 31.03.2018.

2.    SITUASI DEMAM DENGGI

2.1    Pada Minggu Epid ke 13 yang berakhir pada 31.03.2018, sepuluh kes Demam Denggi didaftarkan. Ini menunjukkan peningkatan lima  kes dengan jumlah kes minggu Epid sebelumnya (ME 12/2018 lima kes daftar).
2.2    Secara kumulatif sehingga minggu Epid ke 13/2018, jumlah kes Demam Denggi/ Demam Denggi Berdarah adalah sebanyak 64 kes. Terdapat peningkatan 9 kes iaitu 16.36% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (55 kes).
2.3    Tiada kematian akibat Demam Denggi dilaporkan pada Minggu Epid 13/2018.

2.4    Ada tiga  wabak baru dilaporkan pada Minggu Epid 13/2018.

Wabak baru yang pertama iaitu di lokaliti Taman Sentosa, mukim Kuala Perlis telah diisytiharkan pada 25/03/2018. Wabak bermula pada 24/03/2018 dan dijangka tamat pada 10/04/2018. Jumlah kes denggi yang dilaporkan setakat minggu epid 13/2018 adalah sebanyak 3 kes.
Wabak baru yang kedua iaitu di lokaliti Taman Hijrah, mukim Utan Aji telah diisytiharkan pada 28/03/2018. Wabak bermula pada 27/03/2018 dan dijangka tamat pada 10/04/2018. Jumlah kes denggi yang dilaporkan setakat minggu epid 13/2018 adalah sebanyak 2 kes.
Wabak baru yang ketiga iaitu di lokaliti Taman Ira, mukim Sena telah diisytiharkan pada 29/03/2018. Wabak bermula pada 28/03/2018 dan dijangka tamat pada 13/04/2018. Jumlah kes denggi yang dilaporkan setakat minggu epid 13/2018 adalah sebanyak 3 kes.


2.5    Ada satu wabak terkawal dilaporkan pada minggu epid 13/2018 iaitu di lokaliti Kampung Kolam Raja, mukim Kayang telah diisytiharkan pada 20/03/2018. Wabak bermula pada 19/03/2018 dan dijangka tamat pada 10/04/2018. Jumlah kes denggi yang dilaporkan setakat minggu epid 13/2018 adalah sebanyak 8 kes.

2.6    Tiada wabak tamat dilaporkan pada Minggu Epid 13/2018.

2.7    Secara kumulatif pada minggu Epid 13/2018,10 episod wabak dilaporkan. Terdapat persamaan kejadian wabak bagi tempoh masa yang sama berbanding tahun 2017 iaitu 10 kejadian wabak dilaporkan.


3.    AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI

3.1    Pada minggu Epid ke 13 terdapat 1202 aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan Aedes dijalankan yang melibatkan 22 kawasan di seluruh Negeri Perlis.

3.2    Hasil pemeriksaan mendapati 24  premis positif pembiakan Aedes ditemui.

3.3    Empat kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.

  Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:

i.    DUN KUALA PERLIS
a.    Taman Sentosa, Mukim Kuala Perlis

ii.    DUN KAYANG
a.    Kampung Kolam Raja, Mukim Kayang

iii.    DUN INDERA KAYANGAN
a.    Taman Hijrah, Mukim Utan Aji

iv.    DUN SENA
a.  Taman Ira, Mukim Sena


Tarikh :2 April  2018   

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Dr Khaironisak Binti Haron
Ketua Penolong Pengarah Kanan Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri  Perlis
Lot 217, Mukim UtanAji, Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis.
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.