Situasi Semasa Kejadian Denggi

Negeri Perlis Tahun 2018

Carian Lain

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS
KENYATAAN AKHBAR
OLEH DR HJ ZAINI B HUSSIN
PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS

LAPORAN MINGGUAN SITUASI SEMASA KEJADIAN DENGGI NEGERI PERLIS TAHUN 2018


1.    TUJUAN

Tujuan laporan ini adalah untuk melaporkan situasi Demam Denggi di Negeri Perlis bagi minggu Epid 14/2018 yang bermula dari 01.04.2018 hingga 07.04.2018.

2.    SITUASI DEMAM DENGGI

2.1    Pada Minggu Epid ke 14 yang berakhir pada 07.04.2018, enam kes Demam Denggi didaftarkan. Ini menunjukkan penurunan empat  kes dengan jumlah kes minggu Epid sebelumnya (ME 13/2018 sepuluh kes daftar).


2.2    Secara kumulatif sehingga minggu Epid ke 14/2018, jumlah kes Demam Denggi/ Demam Denggi Berdarah adalah sebanyak 70 kes. Terdapat peningkatan 13 kes iaitu 22.8% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (57 kes).


2.3    Tiada kematian akibat Demam Denggi dilaporkan pada Minggu Epid 14/2018.

2.4    Tiada wabak baru dilaporkan pada Minggu Epid 14/2018.

2.5    Ada empat wabak terkawal dilaporkan pada minggu epid 14/2018.wabak pertama iaitu di lokaliti Kampung Kolam Raja, mukim Kayang telah diisytiharkan pada 20/03/2018. Wabak bermula pada 19/03/2018 dan dijangka tamat pada 10/04/2018. Jumlah kes denggi yang dilaporkan setakat minggu epid 14/2018 adalah sebanyak 8 kes. Wabak kedua iaitu di lokaliti Taman Sentosa, mukim Kuala Perlis telah diisytiharkan pada 25/03/2018. Wabak bermula pada 24/03/2018 dan dijangka tamat pada 10/04/2018. Jumlah kes denggi yang dilaporkan setakat minggu epid 14/2018 adalah sebanyak 3 kes. Wabak ketiga iaitu di lokaliti Taman Hijrah, mukim Utan Aji telah diisytiharkan pada 28/03/2018. Wabak bermula pada 27/03/2018 dan dijangka tamat pada 10/04/2018. Jumlah kes denggi yang dilaporkan setakat minggu epid 14/2018 adalah sebanyak 2 kes. Wabak keempat iaitu di lokaliti Taman Ira, mukim Sena telah diisytiharkan pada 29/03/2018. Wabak bermula pada 28/03/2018 dan dijangka tamat pada 13/04/2018. Jumlah kes denggi yang dilaporkan setakat minggu epid 14/2018 adalah sebanyak 3 kes.

2.6    Tiada wabak tamat dilaporkan pada Minggu Epid 14/2018.

2.7    Secara kumulatif pada minggu Epid 14/2018,10 episod wabak dilaporkan. Terdapat persamaan kejadian wabak bagi tempoh masa yang sama berbanding tahun 2017 iaitu 10  kejadian wabak dilaporkan.


3.    AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI

3.1    Pada minggu Epid ke 14  terdapat 580 aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan Aedes dijalankan yang melibatkan 29 kawasan di seluruh Negeri Perlis.

3.2    Hasil pemeriksaan mendapati 17  premis positif pembiakan Aedes ditemui.

3.3    Enam kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.

Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:

i.    DUN INDERA KAYANGAN
a.    Taman Kemajuan,Mukim Utan Aji
b.    Kampung Behor Tui, Mukim Kayang
c.    Taman Temak Jaya 3, Mukim Seriab

ii.    DUN BESERI
a.    Kampung Darat, MukimBeseri

iii.    DUN SANGLANG
a.    Kampung Lat Seribu, Mukim Sanglang

iv.    DUN SENA
a.Taman Ira,Mukim Sena
   
Tarikh :09 April  2018   

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Dr Khaironisak Binti Haron
Ketua Penolong Pengarah Kanan Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri  Perlis
Lot 217, Mukim UtanAji, Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.