Situasi Semasa Kejadian Denggi

Negeri Perlis Tahun 2018

Carian Lain

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

KENYATAAN AKHBAR
OLEH
DR HJ ZAINI B HUSSIN
PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS

LAPORAN MINGGUAN SITUASI SEMASA KEJADIAN DENGGI NEGERI PERLIS TAHUN 2018


1.    TUJUAN

Tujuan laporan ini adalah untuk melaporkan situasi Demam Denggi di Negeri Perlis bagi minggu Epid 15/2018 yang bermula dari 08.04.2018 hingga 14.04.2018.

2.    SITUASI DEMAM DENGGI

2.1    Pada Minggu Epid ke 13 yang berakhir pada 14.04.2018, empat kes Demam Denggi didaftarkan. Ini menunjukkan penurunan dua  kes dengan jumlah kes minggu Epid sebelumnya (ME 14/2018 enam kes daftar).
2.2    Secara kumulatif sehingga minggu Epid ke 15/2018, jumlah kes Demam Denggi/ Demam Denggi Berdarah adalah sebanyak 74 kes. Terdapat peningkatan 16 kes iaitu 22.8% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (58 kes).
2.3    Tiada kematian akibat Demam Denggi dilaporkan pada Minggu Epid 15/2018.

2.4    Tiada wabak baru dilaporkan pada Minggu Epid 15/2018.

2.5    Ada dua wabak terkawal dilaporkan pada minggu epid 15/2018 wabak pertama iaitu di lokaliti Taman Hijrah, mukim Utan Aji telah diisytiharkan pada 28/03/2018. Wabak bermula pada 27/03/2018 dan dijangka tamat pada 19/04/2018. Jumlah kes denggi yang dilaporkan setakat minggu epid 15/2018 adalah sebanyak 5 kes. Wabak kedua ialah Felcra Lubuk Sireh, Mukim Titi Tinggi telah diisytiharkan pada 12/04/2018. Wabak bermula pada 11/04/2018 dan dijangka tamat pada 28/04/2018. Jumlah kes denggi yang dilaporkan setakat minggu epid 15/2018 adalah sebanyak 4 kes.

2.6    Tiga  wabak tamat dilaporkan pada Minggu Epid 15/2018.

2.7    Secara kumulatif pada minggu Epid 14/2018,11 episod wabak dilaporkan. Terdapat peningkatan satu kejadian wabak bagi tempoh masa yang sama berbanding tahun 2017 iaitu 10  kejadian wabak dilaporkan.


3.    AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI

3.1    Pada minggu Epid ke 15  terdapat 446 aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan Aedes dijalankan yang melibatkan 20 kawasan di seluruh Negeri Perlis.

3.2    Hasil pemeriksaan mendapati 24  premis positif pembiakan Aedes ditemui.

3.3    Dua kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.

  Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:

i.    DUN TITI TINGGI
a.    Felcra Lubuk Sireh, Mukim Titi Tinggi

ii.    DUN MATA AYER
a.    Kampung Bonggol Sena, Mukim Oran
   
Tarikh :16 April  2018   

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Dr Khaironisak Binti Haron
Ketua Penolong Pengarah Kanan Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri  Perlis
Lot 217, Mukim UtanAji, Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.