Situasi Semasa Kejadian Denggi

Negeri Perlis Tahun 2018

Carian Lain

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

KENYATAAN AKHBAR
OLEH
DR HJ ZAINI B HUSSIN
PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS

LAPORAN MINGGUAN SITUASI SEMASA KEJADIAN DENGGI NEGERI PERLIS TAHUN 2018


1.    TUJUAN

Tujuan laporan ini adalah untuk melaporkan situasi Demam Denggi di Negeri Perlis bagi minggu Epid 17/2018 yang bermula dari 22.04.2018 hingga 28.04.2018.

2.    SITUASI DEMAM DENGGI

2.1    Pada Minggu Epid ke 17 yang berakhir pada 28.04.2018, empat kes Demam Denggi didaftarkan. Ini menunjukkan persamaan  kes dengan jumlah kes minggu Epid sebelumnya (ME 16/2018 empat kes daftar).
2.2    Secara kumulatif sehingga minggu Epid ke 17/2018, jumlah kes Demam Denggi/ Demam Denggi Berdarah adalah sebanyak 82 kes. Terdapat peningkatan 19 kes iaitu 30.15% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (63 kes).
2.3    Tiada kematian akibat Demam Denggi dilaporkan pada Minggu Epid 17/2018.

2.4    Tiada wabak baru dilaporkan pada Minggu Epid 17/2018.

2.5    Satu wabak terkawal dilaporkan pada minggu epid 17/2018 iaitu di lokaliti Taman Kenanga, Mukim Wang Bintong. Wabak bermula pada 17/04/2018 dan dijangka tamat 03/05/2018. Jumlah kes denggi yang dilaporkan setakat minggu epid 17/2018 adalah sebanyak 3 kes.

2.6    Satu wabak tamat  yang dilaporkan pada minggu epid 17/2018 iaitu di lokaliti Felcra Lubuk Sireh, Mukim Titi Tinggi telah diisytiharkan pada 12/04/2018. Wabak bermula pada 11/04/2018 dan telah tamat pada 28/04/2018. Jumlah kes denggi yang dilaporkan setakat minggu epid 17/2018 adalah sebanyak 5 kes.

2.7    Secara kumulatif pada minggu Epid 17/2018, terdapat 12 episod wabak dilaporkan. Terdapat peningkatan 2 kejadian wabak bagi tempoh masa yang sama berbanding tahun 2017 iaitu 10 kejadian wabak dilaporkan.


3.    AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI

3.1    Pada minggu Epid ke 17, terdapat 648 aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan aedes dijalankan yang melibatkan 18 kawasan di seluruh Negeri Perlis.

3.2    Hasil pemeriksaan mendapati 24 premis positif pembiakan Aedes ditemui.

3.3    Sebanyak 4 kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.

  Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:

i.    DUN BINTONG
a.    Kampung Wang Ulu, Mukim Wang Bintong
b.    Kampung Jarak, Mukim Kurung Batang
c.    Kampung Behor Janggus, Mukim Wang Bintong

ii.    DUN KAYANG
a.    Kampung Behor Temak, Mukim Seriab

   
Tarikh :30 April  2018   

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Dr Khaironisak Binti Haron
Ketua Penolong Pengarah Kanan Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri  Perlis
Lot 217, Mukim UtanAji, Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.