Situasi Semasa Kejadian Denggi

Negeri Perlis Tahun 2018

Carian Lain

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

KENYATAAN AKHBAR
OLEH
DR HJ ZAINI B HUSSIN
PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS

LAPORAN MINGGUAN SITUASI SEMASA KEJADIAN DENGGI NEGERI PERLIS TAHUN 2018


1.    TUJUAN

Tujuan laporan ini adalah untuk melaporkan situasi Demam Denggi di Negeri Perlis bagi minggu Epid 21/2018 yang bermula dari 20.05.2018 hingga 26.05.2018.

2.    SITUASI DEMAM DENGGI

2.1    Pada Minggu Epid ke 21 yang berakhir pada 26.05.2018, enam kes Demam Denggi didaftarkan. Ini menunjukkan peningkatan enam  kes dengan jumlah kes minggu Epid sebelumnya (ME 20/2018 tiada kes daftar).
2.2    Secara kumulatif sehingga minggu Epid ke 21/2018, jumlah kes Demam Denggi/ Demam Denggi Berdarah adalah sebanyak 91 kes. Terdapat peningkatan 5 kes iaitu 5.81% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (86 kes).
2.3    Tiada kematian akibat Demam Denggi dilaporkan pada Minggu Epid 21/2018.

2.4    Ada 2 wabak baru dilaporkan pada Minggu Epid 21/2018. Wabak Baru yang pertama ialah di Taman Desa Pulai, mukim Sena yang bermula pada 23/05/2018 dan dijangka tamat pada 08/06/2018. Jumlah kes denggi yang dilaporkan setakat minggu epid 21 ialah sebanyak 3 kes. Wabak baru yang kedua ialah di Kampong Perak, mukim Kuala Perlis yang bermula pada 24/05/2018 dan dijangka tamat 09/06/2018.

2.5    Tiada wabak terkawal dilaporkan pada Minggu Epid 21/2018.

2.6    Tiada wabak tamat dilaporkan pada Minggu Epid 21/2018.

2.7    Secara kumulatif pada minggu Epid 21/2018,14 episod wabak dilaporkan. Terdapat peningkatan 2 kejadian wabak bagi tempoh masa yang sama berbanding tahun 2017 iaitu 12 kejadian wabak dilaporkan.


3.    AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI

3.1    Pada minggu Epid ke 21 terdapat 612 aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan Aedes dijalankan yang melibatkan 16 kawasan di seluruh Negeri Perlis.

3.2    Hasil pemeriksaan mendapati 31  premis positif pembiakan Aedes ditemui.

3.3    Tiga kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.

  Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:

i.    DUN TITI TINGGI
a.    Felda Chuping, Mukim Titi Tinggi

ii.    DUN SENA
a.    Taman Desa Pulai, Mukim Sena

iii.    DUN KUALA PERLIS
a.    Kampung Perak, Mukim Kuala Perlis



Tarikh :28 Mei  2018   

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Dr Khaironisak Binti Haron
Ketua Penolong Pengarah Kanan Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri  Perlis
Lot 217, Mukim UtanAji, Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.