Situasi Semasa Kejadian Denggi

Negeri Perlis Tahun 2018

Carian Lain

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

KENYATAAN AKHBAR
OLEH
DR HJ ZAINI B HUSSIN
PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS

LAPORAN MINGGUAN SITUASI SEMASA KEJADIAN DENGGI NEGERI PERLIS TAHUN 2018


1.    TUJUAN

Tujuan laporan ini adalah untuk melaporkan situasi Demam Denggi di Negeri Perlis bagi minggu Epid 25/2018 yang bermula dari 17.06.2018 hingga 23.06.2018.

2.    SITUASI DEMAM DENGGI

2.1    Pada Minggu Epid ke 25 yang berakhir pada 23.06.2018, 10 kes Demam Denggi didaftarkan. Ini menunjukkan peningkatan 1  kes dengan jumlah kes minggu Epid sebelumnya (ME 24/2018 9 kes daftar).
2.2    Secara kumulatif sehingga minggu Epid ke 25/2018, jumlah kes Demam Denggi/ Demam Denggi Berdarah adalah sebanyak 124 kes. Terdapat peningkatan 15 kes iaitu 13.76% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (109 kes).
2.3    Tiada kematian akibat Demam Denggi dilaporkan pada Minggu Epid 25/2018.

2.4    Tiada wabak baru dilaporkan pada Minggu Epid 25/2018.

2.5    Terdapat satu wabak terkawal dilaporkan pada minggu epid 25/2018 iaitu di lokaliti Taman Jali mukim Utan Aji bermula pada 11/06/2018 dan dijangka tamat pada 04/07/2018. Jumlah kes setakat minggu epid 25 ialah sebanyak 12 kes.

2.6    Ada satu wabak tamat  yang dilaporkan pada minggu epid 25/2018.Iaitu di lokaliti Taman Perlis mukim Utan Aji dengan jumlah kes sebanyak 5 kes.

2.7    Secara kumulatif pada minggu Epid 25/2018, terdapat 16 episod wabak dilaporkan. Terdapat peningkatan 1 kejadian wabak bagi tempoh masa yang sama berbanding tahun 2017 iaitu 15 kejadian wabak dilaporkan.


3.    AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI


3.1    Pada minggu Epid ke 25, terdapat 428 aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan aedes dijalankan yang melibatkan 11 kawasan di seluruh Negeri Perlis.

3.2    Hasil pemeriksaan mendapati 40 premis positif pembiakan Aedes ditemui.

3.3    Sebanyak 8 kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.

Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:

i.    DUN SENA
a.    Kg Salang, Mukim Sena
b.    Kg Pondok, Mukim Kechor

ii.    DUN INDERA KAYANGAN
a.    Taman Jali, Mukim Utan Aji
b.    Taman Perlis, Mukim Utan Aji

iii.    DUN TITI TINGGI
a.    Felda Rimba Mas, Mukim Titi Tinggi

iv.    DUN SANGLANG
a.    Kg Simpang Sanglang, Mukim Utan Aji

v.    DUN PAUH
a.    Kg Padang Telela, Mukim Arau

vi.    DUN BESERI
a.    Kg Padang Pauh, Mukim Padang Pauh

   
Tarikh :25 Jun  2018   

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Dr Khaironisak Binti Haron
Ketua Penolong Pengarah Kanan Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri  Perlis
Lot 217, Mukim UtanAji, Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.