Situasi Semasa Kejadian Denggi

Negeri Perlis Tahun 2018

Carian Lain

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

KENYATAAN AKHBAR
OLEH
DR HJ ZAINI B HUSSIN
PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS

LAPORAN MINGGUAN SITUASI SEMASA KEJADIAN DENGGI NEGERI PERLIS TAHUN 2018


1.    TUJUAN

Tujuan laporan ini adalah untuk melaporkan situasi Demam Denggi di Negeri Perlis bagi minggu Epid 27/2018 yang bermula dari 01.07.2018 hingga 07.07.2018.

2.    SITUASI DEMAM DENGGI

2.1    Pada Minggu Epid ke 27 yang berakhir pada 07.07.2018, 13 kes Demam Denggi dilaporkan. Ini menunjukkan peningkatan 9  kes dengan jumlah kes minggu Epid sebelumnya (ME 26/2018 4 kes daftar).
2.2    Secara kumulatif sehingga minggu Epid ke 26/2018, jumlah kes Demam Denggi adalah sebanyak 141 kes. Terdapat peningkatan 25 kes iaitu 21.55% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (116 kes).
2.3    Tiada kematian akibat penyakit Demam Denggi dilaporkan pada Minggu Epid 27/2018.

2.4    Terdapat dua wabak baru dilaporkan pada Minggu Epid 27/2018.

-    Wabak RPA Kuala Perlis, mukim Kuala Perlis isytihar pada 07.07.2018 dan bermula pada 05.07.2018. Wabak dijangka tamat pada 20.07.2018. Kumulatif kes sehingga minggu epid 27 adalah sebanyak 4 kes.
-    Wabak Kampung Perak, mukim Kuala Perlis isytihar pada 07.07.2018 dan bermula pada 06.07.2018. Wabak dijangka tamat pada 20.07.2018. Kumulatif kes sehingga minggu epid 27 adalah sebanyak 2 kes.


2.5    Tiada wabak terkawal dilaporkan pada minggu epid 27/2018.


2.6    Terdapat satu wabak tamat  yang dilaporkan pada minggu epid 27/2018.

-    Wabak Taman Jali, mukim Utan Aji bermula pada 11/06/2018 dan telah tamat pada 04/07/2018. Jumlah kes setakat minggu epid 27 ialah sebanyak 12 kes.


2.7    Secara kumulatif pada minggu Epid 27/2018, terdapat 18 episod wabak dilaporkan. Terdapat peningkatan 2 kejadian wabak bagi tempoh masa yang sama berbanding tahun 2017 iaitu 16 kejadian wabak dilaporkan.


3.    AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI


3.1    Pada minggu Epid ke 27, terdapat 580 aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan aedes dijalankan yang melibatkan 19 kawasan di seluruh Negeri Perlis.

3.2    Hasil pemeriksaan mendapati 74 premis positif pembiakan Aedes ditemui.

3.3    Sebanyak 9 kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.

Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:

i.    DUN KUALA PERLIS
a.    Taman Belian, Mukim Kuala Perlis
b.    RPA Kuala Perlis, Mukim Kuala Perlis
c.    Kampung Perak

ii.    DUN INDERA KAYANGAN
a.    Kampung Bakau, Mukim Utan Aji
b.    Kampung Guar Syed Alwi, Mukim Utan Aji

iii.    DUN TITI TINGGI
a.    Kampung Kok Mak, Mukim Titi Tinggi

iv.    DUN PAUH
a.    Kampung Alor Redis, Mukim Arau

v.    DUN BESERI
a.    Kampung Perawah, Mukim Beseri

vi.    DUN CHUPING
a.    Kampung Padang Jelutong, Mukim Chuping

vii.    DUN SIMPANG EMPAT
a.    Kg Berjaya, Mukim Sanglang

   
Tarikh :11 JULAI  2018   

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Dr Khaironisak Binti Haron
Ketua Penolong Pengarah Kanan Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri  Perlis
Lot 217, Mukim UtanAji, Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.