Situasi Semasa Kejadian Denggi

Negeri Perlis Tahun 2018

Carian Lain

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

KENYATAAN AKHBAR
OLEH DR HJ ZAINI B HUSSIN
PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS

LAPORAN MINGGUAN SITUASI SEMASA KEJADIAN DENGGI NEGERI PERLIS TAHUN 2018

1.    TUJUAN
Tujuan laporan ini adalah untuk melaporkan situasi Demam Denggi di Negeri Perlis bagi minggu Epid 30/2018 yang bermula dari 22.07.2018 hingga 28.07.2018.

2.    SITUASI DEMAM DENGGI
2.1    Pada Minggu Epid ke 30 yang berakhir pada 28.07.2018, 5 kes Demam Denggi dilaporkan. Ini menunjukkan penurunan satu  kes dengan jumlah kes minggu Epid sebelumnya (ME 29/2018 6 kes daftar).
2.2    Secara kumulatif sehingga minggu Epid ke 30/2018, jumlah kes penyakit Demam Denggi adalah sebanyak 157 kes. Terdapat peningkatan 30 kes iaitu 23.62% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (127 kes).
2.3    Tiada kematian akibat penyakit Demam Denggi dilaporkan pada Minggu Epid 30/2018.
2.4    Tiada wabak baru dilaporkan pada minggu epid 30/2018.
2.5    Satu wabak terkawal dilaporkan pada minggu epid 30/2018.
-    Wabak Taman Santan 2, mukim Padang Pauh telah diisytihar pada 17/07/2018 dan bermula pada 17/07/2018. Wabak dijangka tamat pada 02/08/2018. Kumulatif kes sehingga minggu epid 30 adalah sebanyak 4 kes.
2.6    Tiada wabak tamat  yang dilaporkan pada minggu epid 30/2018.

2.7    Secara kumulatif pada minggu Epid 30/2018, terdapat 19 episod wabak dilaporkan. Terdapat penurunan 1 kejadian wabak bagi tempoh masa yang sama berbanding tahun 2017 iaitu 20 kejadian wabak dilaporkan.

3.    AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI
3.1    Pada minggu Epid ke 30, terdapat 366 aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan aedes dijalankan yang melibatkan 19 kawasan di seluruh Negeri Perlis.
3.2    Hasil pemeriksaan mendapati 51 premis positif pembiakan Aedes ditemui.
3.3    Sebanyak 6 kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.

Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:
i.    DUN SANTAN
a.    Taman Santan 2, Mukim Padang Pauh
ii.    DUN KUALA PERLIS
a.    Kampung Seberang Tok Pi, Mukim Kuala Perlis
iii.    DUN SENA
a.    Kampung Bakong, Mukim Jejawi
iv.    DUN CHUPING
a.    Taman 20, Mukim Chuping
v.    DUN TITI TINGGI
a.    Felcra Lubuk Sireh, Mukim Titi Tinggi
vi.    DUN MATA AYER
a.    Taman Bunga Kenanga, Mukim Oran

Tarikh :30 Julai 2018   

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Dr Khaironisak Binti Haron
Ketua Penolong Pengarah Kanan Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri  Perlis
Lot 217, Mukim UtanAji, Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.