Situasi Semasa Kejadian Denggi

Negeri Perlis Tahun 2018

Carian Lain

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

KENYATAAN AKHBAR
OLEH
DR HJ ZAINI B HUSSIN
PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS

LAPORAN MINGGUAN SITUASI SEMASA KEJADIAN DENGGI NEGERI PERLIS TAHUN 2018


1.    TUJUAN

Tujuan laporan ini adalah untuk melaporkan situasi Demam Denggi di Negeri Perlis bagi minggu Epid 31/2018 yang bermula dari 29.07.2018 hingga 4.08.2018.

2.    SITUASI DEMAM DENGGI

2.1    Pada Minggu Epid 31/2018 yang berakhir pada 4.08.2018, 6 kes Demam Denggi dilaporkan. Ini menunjukkan peningkatan 1  kes dengan jumlah kes minggu Epid sebelumnya (ME 30/2018 sebanyak 5 kes daftar).
2.2    Secara kumulatif sehingga minggu Epid ke 30/2018, jumlah kes penyakit Demam Denggi adalah sebanyak 163 kes. Terdapat peningkatan 33 kes iaitu 25.38% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (130 kes).
2.3    Tiada kematian akibat penyakit Demam Denggi dilaporkan pada Minggu Epid 31/2018

2.4    2 wabak baru dilaporkan pada minggu Epid 31/2018.

-    Wabak Kuarters Polis Sena, mukim Sena telah diisytihar pada 30/07/2018 dan bermula pada 29/07/2018. Wabak dijangka tamat pada 12/08/2018. Kumulatif kes sehingga minggu epid 31 adalah sebanyak 2 kes.
-    Wabak Kampung Behor Pisang, mukim Jejawi telah diisytihar pada 31/07/2018 dan bermula pada 31/07/2018. Wabak dijangka tamat pada 14/08/2018. Kumulatif kes sehingga minggu epid 31 adalah sebanyak 2 kes.

2.5    Tiada wabak terkawal dilaporkan pada minggu Epid 31/2018.

2.6    1 wabak tamat  yang dilaporkan pada minggu Epid 31/2018.

-    Wabak Taman Santan 2, mukim Padang Pauh telah diisytihar pada 17/07/2018 dan bermula pada 17/07/2018. Wabak telah tamat pada 02/08/2018. Kumulatif kes sehingga minggu epid 31 adalah sebanyak 4 kes.

2.7    Secara kumulatif pada minggu Epid 31/2018, terdapat 21 episod wabak dilaporkan. Terdapat peningkatan 1 kejadian wabak bagi tempoh masa yang sama berbanding tahun 2017 iaitu 20 kejadian wabak dilaporkan.

3.    AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI

3.1.1    Pada minggu Epid 31/2018, terdapat 434 aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan aedes dijalankan yang melibatkan 16 kawasan di seluruh Negeri Perlis.

3.1.2    Hasil pemeriksaan mendapati 47 premis positif pembiakan Aedes ditemui.

3.1.3    Sebanyak 5 kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.

Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:

i.    DUN SENA
a.    Taman Ira, Mukim Sena
b.    Kampung Tok Kandang, Mukim Sena
c.    Kampung Behor Pisang, Mukim Jejawi

ii.    DUN KUALA PERLIS
a.    Kampung Seberang Tok Pi, Mukim Kuala Perlis

iii.    DUN SANTAN
a.    Taman Santan 2, Mukim Padang Pauh

   
Tarikh : 6 Ogos 2018   


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Dr Khaironisak Binti Haron
Ketua Penolong Pengarah Kanan Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri  Perlis
Lot 217, Mukim UtanAji, Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


- TAMAT -