Situasi Semasa Kejadian Denggi

Negeri Perlis Tahun 2018

Carian Lain

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

KENYATAAN AKHBAR
OLEH
DR HJ ZAINI B HUSSIN
PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS

LAPORAN MINGGUAN SITUASI SEMASA KEJADIAN DENGGI NEGERI PERLIS TAHUN 2018


1.    TUJUAN

Tujuan laporan ini adalah untuk melaporkan situasi Demam Denggi di Negeri Perlis bagi minggu Epid 32/2018 yang bermula dari 05.08.2018 hingga 11.08.2018.

2.    SITUASI DEMAM DENGGI

2.1    Pada Minggu Epid ke 32 yang berakhir pada 11.08.2018, 4 kes Demam Denggi dilaporkan. Ini menunjukkan penurunan dua  kes dengan jumlah kes minggu Epid sebelumnya (ME 31/2018 6 kes daftar).
2.2    Secara kumulatif sehingga minggu Epid ke 32/2018, jumlah kes penyakit Demam Denggi adalah sebanyak 167 kes. Terdapat peningkatan 36 kes iaitu 27.48% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (131 kes).
2.3    Tiada kematian akibat penyakit Demam Denggi dilaporkan pada Minggu Epid 32/2018.


2.4    Tiada wabak baru dilaporkan pada minggu epid 32/2018.

2.5    Dua wabak terkawal dilaporkan pada minggu epid 32/2018.

-    Wabak Kuarters Polis Sena, mukim Sena telah diisytihar pada 30/07/2018 dan bermula pada 29/07/2018. Wabak dijangka tamat pada 12/08/2018. Kumulatif kes sehingga minggu epid 32 adalah sebanyak 2 kes.
-    Wabak Kampung Behor Pisang, mukim Jejawi telah diisytihar pada 31/07/2018 dan bermula pada 31/07/2018. Wabak dijangka tamat pada 14/08/2018. Kumulatif kes sehingga minggu epid 32 adalah sebanyak 2 kes.


2.6    Tiada wabak tamat  yang dilaporkan pada minggu epid 32/2018.


2.7    Secara kumulatif pada minggu Epid 32/2018, terdapat 21 episod wabak dilaporkan. Terdapat peningkatan 1 kejadian wabak bagi tempoh masa yang sama berbanding tahun 2017 iaitu 20 kejadian wabak dilaporkan.

3.    AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI

3.1    Pada minggu Epid ke 32, terdapat 385 aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan aedes dijalankan yang melibatkan 25 kawasan di seluruh Negeri Perlis.

3.2    Hasil pemeriksaan mendapati 44 premis positif pembiakan Aedes ditemui.

3.3    Sebanyak 6 kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.

  Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:

i.    DUN SENA
a.    Kampung Behor Madi, Mukim Abi
b.    Kampung Behor Pisang, Mukim Jejawi

ii.    DUN INDERA KAYANGAN
a.    Kampung Guar Syed Alwi, Mukim Utan Aji
b.    Taman Perlis, Mukim Utan Aji

iii.    DUN MATA AYER
a.    Taman Bunga Kenanga, Mukim Oran

iv.    DUN KAYANG
a.    Kampung Sentang, Mukim Utan Aji

   
Tarikh :13 Ogos 2018   

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Dr Khaironisak Binti Haron
Ketua Penolong Pengarah Kanan Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri  Perlis
Lot 217, Mukim UtanAji, Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.