Situasi Semasa Kejadian Denggi

Negeri Perlis Tahun 2018

Carian Lain

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

KENYATAAN AKHBAR
OLEH
DR SIRAJUDDIN BIN HASHIM
PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS

LAPORAN MINGGUAN SITUASI SEMASA KEJADIAN DENGGI NEGERI PERLIS TAHUN 2018

Tujuan laporan ini adalah untuk melaporkan situasi kes Penyakit Demam Denggi di Negeri Perlis bagi minggu Epid 33/2018 yang bermula dari 12/08/2018 hingga 18/08/2018.

1.    SITUASI DEMAM DENGGI

2.1    Pada Minggu Epid ke 33 yang berakhir pada 18.08.2018, ada 2 kes penyakit Demam Denggi dilaporkan. Ini menunjukkan penurunan 2 kes berbanding dengan jumlah kes minggu Epid sebelumnya (4 kes daftar).

2.2    Secara kumulatif sehingga minggu Epid ke 33/2018, jumlah kes penyakit Demam Denggi adalah sebanyak 169 kes. Terdapat peningkatan sebanyak 35 kes iaitu 26.11% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (134 kes).

1.3    Tiada kematian akibat penyakit Demam Denggi dilaporkan pada Minggu Epid 33/2018.

1.4    Tiada wabak baru dilaporkan pada Minggu Epid 33/2018.

1.5    Satu wabak terkawal dilaporkan pada minggu epid 33/2018.
-    Wabak Kampung Behor Pisang, mukim Jejawi telah diisytihar pada 31/07/2018 dan bermula pada 31/07/2018. Wabak dijangka tamat pada 14/08/2018. Kumulatif kes sehingga minggu epid 33 adalah sebanyak 2 kes.

1.6    Satu wabak tamat  yang dilaporkan pada minggu epid 33/2018, iaitu di     Wabak Kuarters Polis Sena, mukim Sena telah diisytihar pada 30/07/2018 dan bermula pada 29/07/2018. Wabak dijangka tamat pada 12/08/2018. Kumulatif kes sehingga minggu epid 33 adalah sebanyak 2 kes.

1.7    Secara kumulatif pada minggu Epid 33/2018, terdapat 21 episod wabak dilaporkan. Terdapat peningkatan 1 kejadian wabak bagi tempoh masa yang sama berbanding tahun 2017 iaitu 20 kejadian wabak dilaporkan.



2.    AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI

3.1.1    Pada minggu Epid ke 33, terdapat 184 aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan aedes dijalankan yang melibatkan 14 kawasan di seluruh Negeri Perlis.

3.1.2    Hasil pemeriksaan mendapati 16 premis positif pembiakan Aedes ditemui.

3.1.3    Sebanyak 7 kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.

  Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:

i.    DUN KUALA PERLIS
a.    Jalan Miri Kuala Perlis, Mukim Kuala Perlis
b.    Tanah Lot Kosong, Taman Perumahan Kastam, Mukim Kuala Perlis
c.    Kampung Belakang Kilang, Mukim Kuala Perlis

ii.    DUN INDERA KAYANGAN
a.    Pekan Kangar & Stesen Bas Jalan Bukit Lagi, Mukim Utan Aji

iii.    DUN SENA
a.    Tanah Lot Kosong Jalan Jejawi, Mukim Jejawi

iv.    DUN TITI TINGGI
a.    Pekan Padang Besar, Mukim Titi Tinggi

v.    DUN WANG BINTONG
a.    Kampung Wang Besar, Mukim Bintong

   
Tarikh :21 Ogos  2018   

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Dr Khaironisak Binti Haron
Ketua Penolong Pengarah Kanan Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri  Perlis
Lot 217, Mukim UtanAji, Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.