Situasi Semasa Kejadian Denggi

Negeri Perlis Tahun 2018

Carian Lain

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

KENYATAAN AKHBAR
OLEH
DR HJ ZAINI B HUSSIN
PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS

LAPORAN MINGGUAN SITUASI SEMASA KEJADIAN DENGGI NEGERI PERLIS TAHUN 2018


1.    TUJUAN

Tujuan laporan ini adalah untuk melaporkan situasi Demam Denggi di Negeri Perlis bagi minggu Epid 23/2018 yang bermula dari 03.06.2018 hingga 09.06.2018.

2.    SITUASI DEMAM DENGGI

2.1    Pada Minggu Epid ke 23 yang berakhir pada 09.06.2018, 6 kes Demam Denggi didaftarkan. Ini menunjukkan penurunan 2 kes dengan jumlah kes minggu Epid sebelumnya (ME 22/2018 8 kes daftar).
2.2    Secara kumulatif sehingga minggu Epid ke 23/2018, jumlah kes Demam Denggi/ Demam Denggi Berdarah adalah sebanyak 105 kes. Terdapat peningkatan 7 kes iaitu 11.70% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (94 kes).
2.3    Tiada kematian akibat Demam Denggi dilaporkan pada Minggu Epid 23/2018.

2.4    Tiada wabak terbaru dilaporkan pada Minggu Epid 23/2018.

2.5    Terdapat 3 wabak terkawal dilaporkan pada minggu epid 23/2018. Wabak terkawal yang pertama ialah di Taman Desa Pulai, mukim Sena yang bermula pada 23/05/2018 dan dijangka tamat pada 12/06/2018. Jumlah kes denggi yang dilaporkan setakat minggu epid 22 ialah sebanyak 4 kes. Wabak terkawal yang kedua ialah di Kampong Perak, mukim Kuala Perlis yang bermula pada 24/05/2018 dan dijangka tamat 15/06/2018. Jumlah kes denggi yang dilaporkan setakat minggu epid 22 ialah sebanyak 67 kes. Wabak terkawal yang ketiga iaitu di lokaliti Taman Perlis, Utan Aji yang bermula pada 31/05/2018 dan dijangka tamat pada 14/06/2018. Jumlah kes setakat minggu epid 22 adalah sebanyak 5 kes.

2.6    Tiada wabak tamat  yang dilaporkan pada minggu epid 23/2018.

2.7    Secara kumulatif pada minggu Epid 23/2018, terdapat 15 episod wabak dilaporkan. Terdapat peningkatan 1 kejadian wabak bagi tempoh masa yang sama berbanding tahun 2017 iaitu 14 kejadian wabak dilaporkan.



3.    AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI


3.1    Pada minggu Epid ke 23, terdapat 628 aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan aedes dijalankan yang melibatkan 15 kawasan di seluruh Negeri Perlis.

3.2    Hasil pemeriksaan mendapati 19 premis positif pembiakan Aedes ditemui.

3.3    Sebanyak 4 kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.

  Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:

i.    DUN KUALA PERLIS
a.    Taman Seberang Jaya, Mukim Kuala Perlis

ii.    DUN SIMPANG EMPAT
a.    Kampung Behor Mali, Mukim Sanglang

iii.    DUN SENA
a.    Kampung Tanjung Gorah, Mukim Jejawi

iv.    DUN INDERA KAYANGAN
a.    Taman Perlis, Mukim Utan Aji

   
Tarikh :11 Jun  2018   

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Dr Khaironisak Binti Haron
Ketua Penolong Pengarah Kanan Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri  Perlis
Lot 217, Mukim UtanAji, Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.