Situasi Semasa Kejadian Denggi

Negeri Perlis Tahun 2018

Carian Lain

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

KENYATAAN AKHBAR
OLEH
DR HJ ZAINI B HUSSIN
PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS

LAPORAN MINGGUAN SITUASI SEMASA KEJADIAN DENGGI NEGERI PERLIS TAHUN 2018


1.    TUJUAN

Tujuan laporan ini adalah untuk melaporkan situasi Demam Denggi di Negeri Perlis bagi minggu Epid 24/2018 yang bermula dari 10.06.2018 hingga 16.06.2018.

2.    SITUASI DEMAM DENGGI

2.1    Pada Minggu Epid ke 24 yang berakhir pada 16.06.2018, 9 kes Demam Denggi didaftarkan. Ini menunjukkan peningkatan 3  kes dengan jumlah kes minggu Epid sebelumnya (ME 23/2018 6 kes daftar).
2.2    Secara kumulatif sehingga minggu Epid ke 24/2018, jumlah kes Demam Denggi/ Demam Denggi Berdarah adalah sebanyak 114 kes. Terdapat peningkatan 7 kes iaitu 6.54% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (107 kes).
2.3    Tiada kematian akibat Demam Denggi dilaporkan pada Minggu Epid 24/2018.

2.4    Satu wabak baru dilaporkan pada Minggu Epid 24/2018. Wabak baru di Taman Jali Mukim Utan Aji bermula pada 11/06/2018 dan dijangka tamat pada 27/06/2018 .Jumlah setakat minggu epid 24 ialah sebanyak 6 kes .

2.5    Terdapat satu wabak terkawal dilaporkan pada minggu epid 24/2018.Iaitu di lokaliti Taman Perlis, Utan Aji yang bermula pada 31/05/2018 dan dijangka tamat pada 19/06/2018. Jumlah kes setakat minggu epid 24 adalah sebanyak 5 kes.


2.6    Ada dua wabak tamat  yang dilaporkan pada minggu epid 24/2018. Wabak tamat yang pertama ialah di Taman Desa Pulai, mukim Sena yang bermula pada 23/05/2018 dan telah tamat pada 12/06/2018. Jumlah kes denggi yang dilaporkan setakat minggu epid 24 ialah sebanyak 4 kes. Wabak tamat yang kedua ialah di Kampong Perak, mukim Kuala Perlis yang bermula pada 24/05/2018 dan telah tamat pada 15/06/2018. Jumlah kes denggi yang dilaporkan setakat minggu epid 24 ialah sebanyak 6 kes.

2.7    Secara kumulatif pada minggu Epid 24/2018,16 episod wabak dilaporkan. Terdapat peningkatan 1 kejadian wabak bagi tempoh masa yang sama berbanding tahun 2017 iaitu 15 kejadian wabak dilaporkan.


3.    AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI

3.1    Pada minggu Epid ke 24 terdapat 885 aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan Aedes dijalankan yang melibatkan 11 kawasan di seluruh Negeri Perlis.

3.2    Hasil pemeriksaan mendapati 14  premis positif pembiakan Aedes ditemui.

3.3    Empat kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.

  Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:

i.    DUN TITI TINGGI
a.    Arked Niaga Padang Besar, Mukim Titi Tinggi
b.    Rpa Padang Besar,Mukim Titi Tinggi
c.    Kampung Tassoh,Mukim Titi Tinggi

ii.    DUN INDERA KAYANGAN
a.    Taman Jali, Mukim Utan Aji



Tarikh :18 Jun  2018   

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Dr Khaironisak Binti Haron
Ketua Penolong Pengarah Kanan Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri  Perlis
Lot 217, Mukim UtanAji, Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.