Situasi Semasa Kejadian Denggi

Negeri Perlis Tahun 2018

Carian Lain

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

KENYATAAN AKHBAR
OLEH
DR HJ ZAINI B HUSSIN
PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS

LAPORAN MINGGUAN SITUASI SEMASA KEJADIAN DENGGI NEGERI PERLIS TAHUN 2018


1.    TUJUAN

Tujuan laporan ini adalah untuk melaporkan situasi Demam Denggi di Negeri Perlis bagi minggu Epid 26/2018 yang bermula dari 24.06.2018 hingga 30.06.2018.

2.    SITUASI DEMAM DENGGI

2.1    Pada Minggu Epid ke 26 yang berakhir pada 30.06.2018, 4 kes Demam Denggi didaftarkan. Ini menunjukkan penurunan 6  kes dengan jumlah kes minggu Epid sebelumnya (ME 25/2018 10 kes daftar).
2.2    Secara kumulatif sehingga minggu Epid ke 26/2018, jumlah kes Demam Denggi/ Demam Denggi Berdarah adalah sebanyak 128 kes. Terdapat peningkatan 16 kes iaitu 14.28% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (112 kes).
2.3    Tiada kematian akibat Demam Denggi dilaporkan pada Minggu Epid 26/2018.

2.4    Tiada wabak baru dilaporkan pada Minggu Epid 26/2018.

2.5    Terdapat satu wabak terkawal dilaporkan pada minggu epid 26/2018 iaitu di lokaliti Taman Jali mukim Utan Aji bermula pada 11/06/2018 dan dijangka tamat pada 04/07/2018. Jumlah kes setakat minggu epid 26 ialah sebanyak 12 kes.

2.6    Tiada wabak baru dilaporkan pada Minggu Epid 26/2018.

2.7    Secara kumulatif pada minggu Epid 26/2018,16 episod wabak dilaporkan. Terdapat peningkatan 1 kejadian wabak bagi tempoh masa yang sama berbanding tahun 2017 iaitu 15 kejadian wabak dilaporkan.


3.    AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI

3.1    Pada minggu Epid ke 26 terdapat 673  aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan Aedes dijalankan yang melibatkan 20 kawasan di seluruh Negeri Perlis.

3.2    Hasil pemeriksaan mendapati 48  premis positif pembiakan Aedes ditemui.

3.3    9 kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.

  Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:

i.    DUN SENA
a.    Kg Tok Kandang, Mukim Sena

ii.    DUN INDERA KAYANGAN
a.    Jalan Bukit Kecil, Mukim Utan Aji

iii.    DUN TITI TINGGI
a.    Felda Mata Ayer, Mukim Titi Tinggi

iv.    DUN SANGLANG
a.    Kg Simpang Sanglang, Mukim Utan Aji

v.    DUN PAUH
a.    Taman Sri Wang, Mukim Arau

vi.    DUN TAMBUN TULANG
a.    Jalan Kolam Air, Mukim Arau

vii.    DUN CHUPING
a.    Kg Baru Lubuk Machang, Mukim Chuping

viii.    DUN MATA AYER
a.    Taman Bunga Selasih, Mukim Oran

ix.    DUN SIMPANG EMPAT
a.    Kg Berjaya, Mukim Sanglang

Tarikh :2 Julai  2018   

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Dr Khaironisak Binti Haron
Ketua Penolong Pengarah Kanan Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri  Perlis
Lot 217, Mukim UtanAji, Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.