Situasi Semasa Kejadian Denggi

Negeri Perlis Tahun 2018

Carian Lain

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

KENYATAAN AKHBAR
OLEH
DR HJ ZAINI B HUSSIN
PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS

LAPORAN MINGGUAN SITUASI SEMASA KEJADIAN DENGGI NEGERI PERLIS TAHUN 2018


1.    TUJUAN

Tujuan laporan ini adalah untuk melaporkan situasi Demam Denggi di Negeri Perlis bagi minggu Epid 29/2018 yang bermula dari 15.07.2018 hingga 21.07.2018.

2.    SITUASI DEMAM DENGGI

2.1    Pada Minggu Epid ke 29 yang berakhir pada 21.07.2018, 6 kes Demam Denggi dilaporkan. Ini menunjukkan peningkatan satu  kes dengan jumlah kes minggu Epid sebelumnya (ME 28/2018 5 kes daftar).
2.2    Secara kumulatif sehingga minggu Epid ke 18/2018, jumlah kes penyakit Demam Denggi adalah sebanyak 152 kes. Terdapat peningkatan 31 kes iaitu 25.61% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (121 kes).
2.3    Tiada kematian akibat penyakit Demam Denggi dilaporkan pada Minggu Epid 29/2018.


2.4    Satu wabak baru dilaporkan pada Minggu Epid 29/2018.

-    Wabak Taman Santan 2, mukim Padang Pauh telah diisytihar pada 17/07/2018 dan bermula pada 17/07/2018. Wabak dijangka tamat pada 02/08/2018. Kumulatif kes sehingga minggu epid 29 adalah sebanyak 4 kes

2.5    Tiada wabak terkawal dilaporkan pada minggu epid 29/2018.

2.6    Terdapat dua wabak tamat  yang dilaporkan pada minggu epid 29/2018.

-    Wabak RPA Kuala Perlis, mukim Kuala Perlis isytihar pada 07.07.2018 dan bermula pada 05.07.2018. Wabak telah tamat pada 20.07.2018. Kumulatif kes sehingga minggu epid 29 adalah sebanyak 4 kes.

-    Wabak Kampung Perak, mukim Kuala Perlis isytihar pada 07.07.2018 dan bermula pada 06.07.2018. Wabak telah tamat pada 20.07.2018. Kumulatif kes sehingga minggu epid 29 adalah sebanyak 2 kes.

2.7    Secara kumulatif pada minggu Epid 29/2018, terdapat 19 episod wabak dilaporkan. Terdapat peningkatan 2 kejadian wabak bagi tempoh masa yang sama berbanding tahun 2017 iaitu 17 kejadian wabak dilaporkan.



3.    AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI


3.1    Pada minggu Epid ke 29, terdapat 551 aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan aedes dijalankan yang melibatkan 14 kawasan di seluruh Negeri Perlis.

3.2    Hasil pemeriksaan mendapati 29 premis positif pembiakan Aedes ditemui.

3.3    Sebanyak 4 kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.

  Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:

i.    DUN SANTAN
a.    Taman Santan 2, Mukim Padang Pauh

ii.    DUN BINTONG
a.    Taman Bunga Padi, Mukim Wang Bintong

iii.    DUN PAUH
a.    Kampung Kubang Paya, Mukim Kurung Anai

iv.    DUN CHUPING
a.    Kampung Bawah Bukit, Mukim Chuping
   
Tarikh :23 Julai 2018   

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Dr Khaironisak Binti Haron
Ketua Penolong Pengarah Kanan Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri  Perlis
Lot 217, Mukim UtanAji, Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.