Situasi Semasa Kejadian Denggi

Negeri Perlis Tahun 2018

Carian Lain

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

KENYATAAN AKHBAR
OLEH
DR HJ ZAINI B HUSSIN
PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS

LAPORAN MINGGUAN SITUASI SEMASA KEJADIAN DENGGI NEGERI PERLIS TAHUN 2018


1.    TUJUAN

Tujuan laporan ini adalah untuk melaporkan situasi Demam Denggi di Negeri Perlis bagi minggu Epid 02/2018 yang bermula dari 07.01.2018 hingga 13.01.2018.

2.    SITUASI DEMAM DENGGI

2.1    Pada Minggu Epid ke 02 yang berakhir pada 13.01.2018, sepuluh kes Demam Denggi didaftarkan. Ini menunjukkan peningkatan sembilan kes berbanding dengan jumlah kes minggu Epid sebelumnya (ME 01/2018 satu kes daftar).
2.2    Secara kumulatif sehingga minggu Epid ke 02/2018, jumlah kes Demam Denggi/ Demam Denggi Berdarah adalah sebanyak 11 kes. Terdapat persamaan jumlah kes iaitu 266.66% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (3 kes).
2.3    Tiada kematian akibat Demam Denggi dilaporkan pada Minggu Epid 02/2018.

2.4    Ada 2 wabak baru dilaporkan pada Minggu Epid 02/2018. Wabak pertama ialah wabak di lokaliti Felda Rimba Mas, Mukim Titi Tinggi yang telah diisytihar pada 07.01.2018. wabak bermula pada 06.01.2018 dan dijangka tamat pada 21.01.2018. Kumulatif kes sehingga minggu epid 2/2018 adalah sebanyak 3 kes. Wabak kedua ialah wabak di lokaliti Kg Tanah Baru, Mukim Kuala Perlis yang telah diisytihar pada 08.01.2018. wabak bermula pada 08.01.2018 dan dijangka tamat pada 25.01.2018. kumulatif kes sehingga minggu epid 02/2018 adalah sebanyak 6 kes.

2.5    Secara kumulatif pada minggu Epid 01/2018, terdapat dua episod wabak dilaporkan. Terdapat peningkatan dua kejadian wabak bagi tempoh masa yang sama berbanding tahun 2017 iaitu tiada kejadian wabak dilaporkan.


3.    AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI


3.1    Pada minggu Epid ke 02, terdapat 665 aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan Aedes dijalankan yang melibatkan 25 kawasan di seluruh Negeri Perlis.

3.2    Hasil pemeriksaan mendapati 49 premis positif pembiakan Aedes ditemui.

3.3    Enam kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.

Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:

i.    DUN KUALA PERLIS
a.    Kg Tanah Baru, MUKIM Kuala Perlis
b.    Taman Seri Bayu, MUKIM kuala Perlis

ii.    DUN PAUH
a.    Kg Rambai, MUKIM Padang Siding
b.    Kg Paya Burma, MUKIM Padang Siding

iii.    DUN TITI TINGGI
a.    Felda Rimba Mas, MUKIM Titi Tinggi

iv.    DUN KAYANG
a.    Kg Kota Kayang, MUKIM Kayang


Tarikh :15 Januari 2018   

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Dr Khaironisak Binti Haron
Ketua Penolong Pengarah Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri  Perlis
Lot 217, Mukim UtanAji, Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.