Situasi Semasa Kejadian Denggi

Negeri Perlis Tahun 2018

Carian Lain

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

KENYATAAN AKHBAR
OLEH
DR HJ ZAINI B HUSSIN
PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS

LAPORAN MINGGUAN SITUASI SEMASA KEJADIAN DENGGI NEGERI PERLIS TAHUN 2018


1.    TUJUAN

Tujuan laporan ini adalah untuk melaporkan situasi Demam Denggi di Negeri Perlis bagi minggu Epid 04/2018 yang bermula dari 21.01.2018 hingga 27.01.2018.

2.    SITUASI DEMAM DENGGI

2.1    Pada Minggu Epid ke 04 yang berakhir pada 27.01.2018, sembilan kes Demam Denggi didaftarkan. Ini menunjukkan peningkatan lima kes berbanding dengan jumlah kes minggu Epid sebelumnya (ME 03/2018 empat kes daftar).
2.2    Secara kumulatif sehingga minggu Epid ke 04/2018, jumlah kes Demam Denggi/ Demam Denggi Berdarah adalah sebanyak 24 kes. Terdapat peningkatan jumlah kes iaitu 166% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (9 kes).
2.3    Tiada kematian akibat Demam Denggi dilaporkan pada Minggu Epid 04/2018.

2.4    Dua wabak baru dilaporkan pada Minggu Epid 04/2018. Wabak pertama  di lokaliti RPA Kuala Perlis, Mukim Kuala Perlis yang telah diisytihar pada 25.01.2018. wabak bermula pada 24.01.2018 dan dijangka tamat pada 07.02.2018. kumulatif kes sehingga minggu epid 04/2018 adalah sebanyak 2 kes. Wabak kedua ialah wabak di lokaliti Pangsapuri Kuala Perlis, Mukim Kuala Perlis yang telah diisytihar pada 26.01.2018. wabak bermula pada 25.01.2018 dan dijangka tamat pada 08.02.2018. kumulatif kes sehingga minggu epid 04/2018 adalah sebanyak 2 kes.

2.5    Satu wabak terkawal dilaporkan pada minggu epid 04/2018 di lokaliti Kg Tanah Baru, Mukim Kuala Perlis yang telah diisytihar pada 08.01.2018. wabak bermula pada 08.01.2018 dan dijangka tamat pada 29.01.2018. kumulatif kes sehingga minggu epid 04/2018 adalah sebanyak 7 kes.

2.6    Secara kumulatif pada minggu Epid 04/2018, terdapat empat episod wabak dilaporkan. Terdapat peningkatan tiga kejadian wabak bagi tempoh masa yang sama berbanding tahun 2017 iaitu satu kejadian wabak dilaporkan.


3.    AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI


3.1    Pada minggu Epid ke 04, terdapat 1212 aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan Aedes dijalankan yang melibatkan 33 kawasan di seluruh Negeri Perlis.

3.2    Hasil pemeriksaan mendapati 15  premis positif pembiakan Aedes ditemui.

3.3    Lapan kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.

 

Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:

i.    DUN KUALA PERLIS
a.    Taman Peladang Jaya, MUKIM Kuala Perlis
b.    Taman Semarak, MUKIM Kuala Perlis
c.    Pangsapuri Kuala Perlis, MUKIM Kuala Perlis
d.    Kg Seberang Tok Pi, MUKIM Kuala Perlis
e.    Jalan Siakap 1, MUKIM Kuala Perlis
f.    Rpa Kuala Perlis .MUKIM Kuala Perlis
g.    Kampung Hujung Tanjung, MUKIM Kuala Perlis

ii.    DUN SANTAN
a.    Kg BARUH, MUKIM Padang Pauh


Tarikh :29 Januari 2018   

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Dr Khaironisak Binti Haron
Ketua Penolong Pengarah Kanan Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri  Perlis
Lot 217, Mukim UtanAji, Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.