Situasi Semasa Kejadian Denggi

Negeri Perlis Tahun 2018

Carian Lain

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

KENYATAAN AKHBAR
OLEH
DR HJ ZAINI B HUSSIN
PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS

LAPORAN MINGGUAN SITUASI SEMASA KEJADIAN DENGGI NEGERI PERLIS TAHUN 2018


1.    TUJUAN

Tujuan laporan ini adalah untuk melaporkan situasi Demam Denggi di Negeri Perlis bagi minggu Epid 05/2018 yang bermula dari 28.01.2018 hingga 03.02.2018.

2.    SITUASI DEMAM DENGGI

2.1    Pada Minggu Epid ke 05 yang berakhir pada 03.02.2018, tiga kes Demam Denggi didaftarkan. Ini menunjukkan penurunan enam kes berbanding dengan jumlah kes minggu Epid sebelumnya (ME 04/2018 sembilan kes daftar).
2.2    Secara kumulatif sehingga minggu Epid ke 05/2018, jumlah kes Demam Denggi/ Demam Denggi Berdarah adalah sebanyak 27 kes. Terdapat peningkatan jumlah kes iaitu 125% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (12 kes).
2.3    Tiada kematian akibat Demam Denggi dilaporkan pada Minggu Epid 05/2018.

2.4    Tiada wabak baru  dilaporkan pada Minggu Epid 05/2018.

2.5    Dua wabak aktif dilaporkan pada Minggu Epid 05/2018.

Wabak pertama  di lokaliti RPA Kuala Perlis, Mukim Kuala Perlis yang telah diisytihar pada 25.01.2018. Wabak bermula pada 24.01.2018 dan dijangka tamat pada 08.02.2018. Kumulatif kes sehingga minggu epid 05/2018 adalah sebanyak 3 kes.

Wabak kedua ialah wabak di lokaliti Pangsapuri Kuala Perlis, Mukim Kuala Perlis yang telah diisytihar pada 26.01.2018. Wabak bermula pada 25.01.2018 dan dijangka tamat pada 08.02.2018. Kumulatif kes sehingga minggu epid 05/2018 adalah sebanyak 2 kes.


2.6    Satu wabak tamat dilaporkan pada minggu epid 05/2018 iaitu di lokaliti Kg Tanah Baru, Mukim Kuala Perlis yang telah diisytihar pada 08.01.2018. Wabak bermula pada 08.01.2018 dan telah tamat pada 29.01.2018. kumulatif kes sehingga minggu epid 05/2018 adalah sebanyak 7 kes.

2.7    Secara kumulatif pada minggu Epid 05/2018, terdapat empat episod wabak dilaporkan. Terdapat peningkatan dua kejadian wabak bagi tempoh masa yang sama berbanding tahun 2017 iaitu dua kejadian wabak dilaporkan.

3.    AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI

3.1    Pada minggu Epid ke 05 terdapat 790 aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan Aedes dijalankan yang melibatkan 16 kawasan di seluruh Negeri Perlis.

3.2    Hasil pemeriksaan mendapati 26  premis positif pembiakan Aedes ditemui.

3.3    Tujuh kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.

Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:

i.    DUN KUALA PERLIS
a.    Kg Padang Cina, MUKIM Kuala Perlis
b.    Pangsapuri Kuala Perlis, MUKIM Kuala Perlis
c.    Kg Seberang Tok Pi, MUKIM Kuala Perlis
d.    Rpa Kuala Perlis .MUKIM Kuala Perlis

ii.    DUN INDERA KAYANGAN
a.    Taman Pertama, MUKIM Utan Aji

iii.    DUN BINTONG
a.    Kg Hujung Bukit, MUKIM Wang Bintong

iv.    DUN BESERI
a.    Taman Melati Indah, MUKIM Beseri


Tarikh :05 Februari  2018   

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Dr Khaironisak Binti Haron
Ketua Penolong Pengarah Kanan Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri  Perlis
Lot 217, Mukim UtanAji, Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.