Info Kesihatan

Tip | Panduan | Amaran | Dan Lain-lain

Carian Lain

Pengambilan ubat-ubatan

Statistik kajian menunjukkan pesakit yang mempunyai penyakit kronik tidak mengikut dan mematuhi pengambilan ubat-ubatan. Ketika ini di Malaysia, sebagai contoh, pesakit darah tinggi mempunyai tahap kepatuhan ubat yang rendah sekitar 53% sahaja. Kajian juga menunjukkan sekitar 50% sahaja pesakit kencing manis mematuhi pengambilan ubat.


Kesan daripada tidak mengambil ubat yang diberi menyebabkan :

  • tekanan darah tidak terkawal
  • komplikasi angin ahmar(stroke)
  • kegagalan organ dalaman seperti kegagalan buah pinggang

Senario yg sebenar di klinik pakar:

  • "Pak cik selalu sangat terlupa ambil ubat darah tinggi yg kena ambil sebelum makan tue"
  • "Mak cik selalu lupa makan ubat kolesterol yang waktu malam sebab tertidur"
  • "Pak cik pergi Kuala Lumpur...rumah anak....lupa bawa ubat doktor"

Sebab tidak pengambil ubat:

  • Pesakit tidak faham tujuan pengambilan ubat
  • Sesetengah tidak percaya ubat mampu mengawal penyakit mereka
  • Pesakit dalam keadaan denial(penafian) walaupun telah didiagnos penyakit
  • Mendengar cakap kawan-kawan, makan ubat berpanjangan boleh merosakkan buah pinggang(alasan yang selalu saya dengar),cakap-cakap ini akan memakan diri pesakit itu sendiri.

Cara meningkatkan kepatuhan pengambilan ubat:

  • Ambil ubat pada waktu yang sama
  • Kenali ubat anda
  • Amalkan pengunaan pill box atau kotak ubat
  • Pasang alarm pada jam, telefon bimbit untuk mengingatkan pengambilan ubat.
  • Cari motivasi dan kekuatan diri

Secara amnya,kepatuhan pada ubat amat penting. Jika anda berdepan masalah, sila jumpa dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Menulis:

DR NORAZRULRIZAL
PAKAR PERUBATAN
JABATAN PERUBATAN HTF
KANGAR
15/3/2018