Info Kesihatan

Tip | Panduan | Amaran | Dan Lain-lain

Carian Lain

Luangkan 10 Minit Cari Dan Musnahkan Tempat-Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi;
1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
2. Membuang bekas yang boleh menakung air
3. Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
4. Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
5. Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
6. Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
7. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
8. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti;

✅ Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
✅ Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
✅ Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
✅ Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup

#JomHapusAedesCegahDenggi
#PromosiKesihatanPerlis
#SihatMilikKu