Info Kesihatan

Tip | Panduan | Amaran | Dan Lain-lain

Carian Lain

Klik pada gambar untuk saiz besar

Kementerian Kesihatan Malaysia mendefinisikan peranti elektronik yang mengandungi nikotin adalah dirujuk sebagai ‘rokok elektronik’ (eCig), sementara yang tidak mengandungi nikotin, adalah dirujuk sebagai Vape.
Komponen utama:

    1) Bateri
    2) Atomiser
    3) Katrij

Kandungan utama Rokok Elektronik:

    1) Nikotin
    2) Propylene Glycol
    3) Vegetable Glycerin
    4) Bahan Perisa dan pewarna

Kandungan utama Vape:

    1) Propylene Glycol
    2) Vegetable Glycerin
    3) Bahan perisa dan pewarna

Kesan kandungan utama Rokok Elektronik dan Vape kepada kesihatan:


Nikotin

Nikotin merupakan hasil tembakau yang menyebabkan ketagihan, iaitu sejenis gangguan otak kronik. Penggunaan berpanjangan menghasilkan kebergantungan fisiologi certa dorongan yang kuat untuk menggunakan tembakau. Ketagihan ini berkait rapat dengan kadar kepantasan nikotin diserap dan sampai ke otak (Prochaska, 2015). Pendedahan otak kepada nikotin semasa remaja amat berbahaya kerana zaman remaja adalah peringkat kritikål perkembangan otak lalu menjadi pembuka laluan kepada penyalahgunaan dadah (Yuan et al, 2015). Selain itu, nikotin boleh menggalakkan pembekuan darah (Schaller  et al, 2013) dan boleh menyerap masuk ke plasenta ibu mengandung di mana ia akan mengganggu proses perkembangan bayi di dalam kandungan (Maritz, 2009).

Melalui beberapa análisis sampel cecair rökok elektronik secara rawak oleh Makmal Toksikologi, Pusat Racun Negara, terdapat kandungan cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin sehingga 4mg dalan 1ml cecair. Ini bermakna setiap botol yang mengandungi 25ml cecair rökok elektronik akan mengandungi sehingga 100mg nikotin.

Nikotin serendah 2 mg Sudan boleh menyebabkan gangguan pada perut dan usus. Dos yang lebih tinggi boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk, antaranya sawan dan kegagalan pernafasan. Nikotin pada paras sekurang-kurangnya 40mg boleh menyebabkan kematian.


Propylene Glycol (PG)

PG boleh menyebabkan kesan jangka pendek dan kesan jangka aanjaag. Menurut kajian yang dijalankan, kesan jangka pendek meliputi iritasi kepada mata, tekak dan saluran pernafasan (Wielander et al 2001, Vardavas et al 2012) manakala kesan jangka panjang boleh menyebabkan penyakit asma (Choi et al 2010). Kajan ini menyokong bahawa menyedut PG boleh menyebabkan iritasi kepada sistem pernafasan seseorang.

PG apabila dipanaskan akan menghasilkan bahan yang membebaskan formaldehid (formaldehyde). Formaldehid ialah sejenis bahanyang boleh menyebabkan kanser. Kajian menunjukkan jumlah penghasilan formaldehid bergantung kepada tahap kepanasan yang digunakan ketika mengewap PG (Jensen et al, 2015)


Glycerin

Gliserin merupakan satu bahan yang selamat di mana ia digunakan di dalam sabun, krim muka dan banyak lagi. Namun begitu menyedut gliserin ke dalam saluran pernafasan boleh memberikan kesan jangka panjang kepada kesihatan. Kebanyakan gliserin yang digunakan adalah produk dari sayur-sayuran (Vegetable Glicerin). Menurut MSDS, Vegetable Glycerin (VG) boleh menyebabkan kesan yang sedikit jika terkena lapisan kulit dan mata. Penggunaan VG yang lama (berulang dan berpanjangan) boleh mengakibatkan kerosakan kepada organ dalaman.


Bahan Perisa

Berjenis-jenis bahan perish digunakan di pasaran. Kebanyakan  pengguna beranggapan perisa yang digunakan adalah tidak memudaratkan. kajian in-vitro yang dijalankan oleh Bahl et al, 2012 mendapati cecair rokok elektronik ini mampu membunuh sel iaitu sel paru-paru, otak dan lapisan kulit. Kajan ini mengira paras yang mampu membunuh sel-sel ini yang di kenali sebagai sitotoksisiti (cytotoxicity). Cecair rokok elektronik yang mengandungi pelbagai bahan perisa telah menunjukkan paras sitotoksisiti yang tinggi.


Kehadiran Logam Berat

Kajian juga mendapati kehadiran logam berat ketika menggunakan rokok elektronik. Ini merupakan tindakbalas cecair rokok elektronik yang terendam di dalam gelungan dawai di dalam bahagian atomiser (W.E Stephens, 2015).


Partikel Ultra Halus

Distribusi saiz partikel dan bilangan partikel yang dikeluarkan oleh rokok elektronik adalah serupa dengan rokok konvensional di mana kebanyakan partikel bersaiz antara 20-300 nanometer (Otmar G et al, 2015). Penyebaran partikel bergantung kepada paras nikotin di dalan cecair rokok elektronik. Seperti mana rokok konvensional, partikel daripada rokok elektronik adalah cukup halus untuk menembusi ke dalam paru-paru dan seterusnya memasuki peredaran darah (Zhang et al, 2013).


“Gateway” memulakan tabiat merokok

Kajian telah menunjukkan rook elektronik dan vape merupakan satu “Gateway” untuk golongan kanak-kanak memulakan tabiat merokok. (Brian A et al, 2015).


Rokok elektronik sebagai pengganti rokok bertujuan berhenti merokok

Kajian bandingan di antara penggunaan rokok elektronik, NRT dan placebo menunjukkan tiada perbezaan signifikan di dalam kejayaan untuk berkenti merkkok (Bullen C, et al 2013). Tambahan pula, mereka yang menggunakan rokok elektronik menunjukkan kesukaran mereka untuk menghentikan tabiat merokok akibat kebergantungan kepada nikotin. (W.K Delmy et al, 2015)

Laporan oleh Public Health England (PHE) yang menyatakan rokok electronic adalah 95% lebih selamat berbanding rokok tembakau telah dikritik hebat kerana ianya berdasarkan beberapa kajian dan mempunyai pelbagai kelemahan serta penglibatan penajaan oleh syarikat tembakau (Mc Kee, 2015). Tambahan pula, majoriti pengguna rock elektronik yang matig merkkok (dual users) dikhuatiri tijdvak akan mengurangkan risiko kematian. Risiko jangka panjang rokok elektronik masih tidak diketahui dan langkat pengawalan serta pemantauan adalah perlu apabila ianya tidak diharamkan (banned).

Disediakan oleh: Jawatankuasa Kerja Kajian Saintifik WHO FCTC, Unit Kawalan Tembakau dan Urusetia FCTC, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sumber: Medik TV