Info Kesihatan

Tip | Panduan | Amaran | Dan Lain-lain

 

Buat masa ini, pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak mengeluarkan sebarang larangan lawatan ke negara-negara yang terlibat. Namun begitu, orang awam yang ingin mengadakan lawatan ke mana-mana negara di Semenanjung Arab dan negara-negara yang kini melaporkan kejadian wabak jangkitan MERS-CoV, pihak KKM ingin menasihatkan mengenai perkara-perkara berikut:
  1. Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas batuk, bersin atau selepas bersalaman;

  2. Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu;

  3. Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari mengunjungi kediaman atau institusi penjagaan kesihatan yang terlibat dalam kejadian jangkitan wabak MERS-CoV di Negara tersebut;

  4. Khusus bagi para pelawat ke negara di Semenanjung Arab, semasa dalam tempoh lawatan:
    • Elakkan dari melawat ke ladang haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan, khususnya unta.
    • Elakkan dari minum susu unta mentah atau air kencing unta.
    • Elakkan dari makan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna, terutama sekali daging unta.

  5. Mereka yang pulang dari lawatan ke negara-negara yang terlibat, khususnya dalam tempoh 14 hari setelah tiba di Malaysia, sekiranya mengalami gejala demam dan jangkitan respiratori (seperti batuk dan kesukaran bernafas) adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera serta memaklumkan mengenai sejarah perjalanan mereka kepada doktor yang merawat. Sebaik mengalami gejala tersebut, hadkan pergaulan dengan individu sihat di sekeliling dan pakai penutup mulut dan hidung (face mask) apabila terpaksa berhubung / berurusan dengan orang lain.
Disediakan Oleh:
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
Januari 2017


Health Advisory For Travellers To Middle East Respiratory Syndromecoronavirus (MERS-CoV) Affected Countries

World Health Organization (WHO) does not advise any travel or trade restrictions to the Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus(MERS-CoV) affected countries. Based on the current situation in Arabian Peninsula and other affected countries, Ministry of Health Malaysia would like to advise, travellers going to the Arabian Peninsula and other affected countries:
  1. To practice good personal hygiene as the following:
    • Wash hands often with soap and water. If soap and water are not available, use an alcohol-based hand sanitizer and bring along during travelling.
    • Avoid touching eyes, nose, and mouth because germs spread this way.
    • Wear face mask when necessary, especially when going to crowded places.

  2. To avoid unnecessary visit to households or healthcare settings that have been affected by MERS-CoV outbreak.

  3. To avoid close contact with sick people.

  4. For travellers going to the Arabian Peninsula, they should:
    • Avoid contact with camels.
    • Do not drink raw camel milk or raw camel urine.
    • Do not eat undercooked meat, particularly camel meat.

  5. Should seek prompt medical attention if having symptoms suggestive of MERS-CoV infection (i.e. fever and symptoms of lower respiratory illness, such as cough or shortness of breath), within 14 days upon returning to Malaysia. It is important that they mention about their recent travel history to the attending doctor.

  6. To limit contact with others as much as possible - once symptomatic.
Prepared by:
Disease Control Division
Ministry of Health Malaysia
January 2017

Save