Bahagian Perkhidmatan Farmasi

 

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI NEGERI PERLIS

Terdiri dari 3 cawangan :

  1. Cawangan Pengurusan Farmasi (CUF)
  2. Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi (CPF)
  3. Cawangan Penguatkuasa Farmasi (CAPF)

1. CAWANGAN PENGURUSAN FARMASI (CUF)

  • Menguruskan hal-hal pentadbiran berkaitan program farmasi di peringkat negeri dan berhubung secara langsung dengan Jabatan Kesihatan Negeri & Program Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Menguruskan hal-hal berkaitan sumber manusia di peringkat PTJ. Jumlah perjawatan di BPF Perlis adalah seramai 30 kakitangan ( 23 pegawai farmasi & 7 anggota sokongan)
  • Menguruskan hal-hal berkaitan kewangan kerana Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Perlis berstatus PTJ 2.

2. CAWANGAN AMALAN & PERKEMBANGAN FARMASI (CAPF)

Fungsi Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi

Terbahagi kepada 3 unit iaitu:

2.1)    Unit Pengurusan Farmasi Logistik

  • Memantau prestasi perkhidmatan oleh syarikat konsesi dalam pembekalan ubat dan bukan ubat APPL untuk penambahbaikan perkhidmatan.
  • Mengumpul dan menganalisa data-data perolehan bagi tujuan perancangan dan penambahbaikan pengurusan logistik farmaseutikal.
  • Merancang dan menyelaras pengurusan amalan perolehan dan pengurusan stor hospital dan klinik kesihatan.

2.2)    Unit Penjagaan Farmaseutikal

  • Merancang, menyelaras dan memantau perkhidmatan farmasi di peringkat hospital dan klinik kesihatan bagi memastikan penyediaan, pembekalan dan pendispensan ubat yang tepat dan selamat kepada pesakit.
  • Merancang, memperkembangkan serta menyelaras
    perkhidmatan penjagaan farmaseutikal (seperti kaunseling ubat-ubatan, MTAC dan perkhidmatan farmasi klinikal) bagi pesakit di fasiliti hospital dan KK.Memantau proses implementasi polisi, dasar dan garis panduan di fasiliti KKM.

2.3)    Unit Penggunaan Ubat Berkualiti

  • Merancang, memantau dan menganalisis aktiviti pendidikan mengenai ubat-ubatan dan penyediaan akses maklumat ubat-ubatan untuk orang awam.
  • Memberi pendidikan kepada orang awam mengenai cara penggunaan ubat berkualiti supaya kefahaman dan pengetahuan mengenai ubat-ubatan ditingkatkan untuk menggalakkan kepatuhan dan hasil rawatan yang baik.
  • Menyediakan maklumat ubat-ubatan yang tepat, tidak berat sebelah dan relevan untuk disebarkan kepada orang awam.