Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

 

FUNGSI BAHAGIAN

  • Program Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah bertujuan untuk melindungi orang ramai daripada bahaya-bahaya kesihatan daripada makanan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penyimpanan makanan.
  • Membantu mempermudahkan urusan perniagaan berkaitan Industri Makanan

OBJEKTIF

  • Untuk memastikan makanan disediakan, dijual dan disimpan dengan cara yang bersih dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturannya
  • Untuk memastikan semua makanan yang dijual adalah:
    • Bebas dari pencemaran dan Aditif makanan yang tidak dibenarkan, tiada unsur penipuan;
    • Mematuhi piawaian yang diperlukan; Perlabelan dan Pengiklanan yang memberikan gambar sebenar kandungan makanan
  • Memastikan makanan diimport  ke negara ini selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturannya.
  • Untuk memastikan makanan yang dieksport mematuhi kehendak negara pengimport dan untuk mengeksport makanan laut ke EU, mematuhi Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan untuk Eksport  Ikan dan Produk Ikan ke Kesatuan Eropah) 2009.
  • Memastikan orang ramai mendapat maklumat yang mencukupi  mengenai keselamatan makanan.