Bahagian Pergigian

 

VISI
Memastikan penduduk Negeri Perlis mempunyai taraf kesihatan mulut yang sihat dan hidup yang berkualiti.

MISI
Memberi perkhidmatan pergigian kepada masyarakat melalui penggalakkan kesihatan, perkhidmatan yang berkualiti dan berteknologi sesuai.

FUNGSI BAHAGIAN

Pejabat TPKN(G) Perlis  berfungsi sebagai pusat pentadbiran Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Perlis dan diketuai oleh TPKN(G) yang bertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Negeri Perlis

  • Merancang dan melaksanakan program perkhidmatan kesihatan Pergigian melalui  aktiviti-aktiviti kesihatan pergigian.
  • Memantau dan menilai keberkesanan program kesihatan pergigian
  • Menyediakan keperluan sumber kewangan, sumber manusia dan kemudahan infrastruktur.

OBJEKTIF BAHAGIAN

Meningkatkan status kesihatan mulut penduduk di Negeri Perlis kepada tahap yang optimum melalui penyampaian perkhidmatan pergigian promosi, pencegahan, kuratif dan rehabilitasi.