Piagam Pelanggan Kami

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

1. Penerimaan Aduan

Memaklumkan akuan penerimaan aduan kepada pengadu dalam tempoh 1-3 hari bekerja selepas aduan diterima mengikut saluran penerimaan aduan.

2. Siasatan Aduan

Menyelesaikan siasatan aduan dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh aduan yang lengkap dgn maklumat pengadu diterima.

3. Bayaran Bil

Menyelesaikan bayaran bil dalam tempoh 14 hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima.

 

4. Lembaga Perubatan

Memastikan 100% permohonan penubuhan Lembaga Perubatan dikemukakan ke hospital dalam masa tiga(3) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

 

 

5. Pasukan Pelindungan Perubatan

Memastikan keputusan permohonan penyediaan Pasukan Pelindungan Perubatan bagi acara-acara tertentu dimaklumkan kepada pemohon dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

 

6. Pembaharuan Lesen

Memastikan semua permohonan pembaharuan lesen kemudahan dan perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta dikemukakan ke Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kelulusan dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.

7. Lesen / Permit Baru

Setiap permohonan baru lesen atau permit akan diproses dan dikeluarkan dalam tempoh 10 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.

 

 

8. Pembaharuan Lesen / Permit

Setiap permohonan pembaharuan lesen atau permit akan diproses dan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.

 

 

9. Pembaharuan Lesen

Memastikan semua permohonan pembaharuan lesen kemudahan dan perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta dikemukakan ke Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kelulusan dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.

10. Bantuan Teknikal

Setiap permohonan untuk bantuan teknikal seperti penceramah kursus atau ahli panel forum/seminar diberi maklumbalas dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.

11. Pameran / Bahan Promosi

Setiap permohonan untuk pameran dan bahan promosi kesihatan diberi maklumbalas dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.

 

12. Premis Makanan

Memastikan semua premis makanan yang diperiksa dan didapati markah kurang daripada 50% ditutup.