KOSPEN

Komuniti Sihat Perkasa Negara

Program "Komuniti Sihat Perkasa Negara" (KOSPEN) adalah inisiatif yang telah dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam pada Julai 2013 dalam usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease, NCD) di negara ini. Inisiatif ini merupakan satu transformasi perkhidmatan kesihatan awam dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan rakyat Malaysia melalui pemerkasaan serta peluasan penglibatan masyarakat dalam program kesihatan awam dengan menggabungkan mekanisma kerajaan sedia ada terutamanya di peringkat akar-umbi. Pelaksanaan inisiatif ini adalah melalui pendekatan yang agresif dengan penubuhan functional units yang terdiri daripada sukarelawan dari kalangan masyarakat di seluruh Negara yang akan bertindak sebagai health agent of change. Kumpulan sukarelawan ini dikenali sebagai Pasukan Gerak Sihat Malaysia atau singkatannya GSiM.

KOSPEN fasa pertama telah mendapat sokongan daripada YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi inisiatif KOSPEN bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). KEMAS dipilih mejadi agensi pertama di dalam melaksanakan kolaborasi ini kerana KEMAS merupakan agensi yang berhubung rapat dengan masyarakat di peringkat akar umbi. KOSPEN telah dilaksanakan secara rintis di Segamat, Johor mulai Oktober 2013. Majlis Pelancaran KOSPEN KEMAS Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 13 Februari 2014 di Segamat, Johor dan dirasmikan bersama oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia dan YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Satu nota persefahaman juga telah ditandatangani ileh kedua-dua kementerian ini. Inisiatif ini akan dikembangkan dari masa ke masa dengan melibatkan lain-lain agensi di negara ini.

Media Pendidikan Kesihatan KOSPEN

1) Makan Secara Sihat (Risalah) 

2) Hidup Yang Aktif (Risalah)

3) Pengurusan Berat Badan (Risalah) 

4) Tidak Merokok (Risalah) 

5) Saringan Faktor Risiko NCD (Risalah) 

6) Diari Intervensi Faktor Risiko NCD 

7) Flip Chart Intervensi Faktor Risiko NCD 

8) Saringan Faktor Risiko NCD (Poster) 

9) Saringan Faktor Risiko NCD (Bunting)