Rawatan Ibu dan Bayi

Tip | Panduan | Dan Lain-lain

Rawatan Bayi

Kehadiran ke klinik mengikut jadual adalah penting untuk menilai tahap kesihatan bayi dan kanak-kanak iaitu samada berat, tinggi, tahap perkembangan motor kasar, halus, pendengaran dan penglihatan serta psikososial adalah bersesuaian dengan umur.
Sekiranya terdapat sebarang kelainan berat badan atau perkembangan yang sepatutnya dicapai mengikut umur kanak-kanak. Rawatan/intervensi awal akan diberikan. Pengesanan awal adalah penting supaya rawatan/intervensi dan penjagaan yang bersesuaian dapat diberikan untuk mengurangkan morbiditi dan kematian di kalangan kanak-kanak.
Ibubapa juga dapat berbincang dengan anggota kesihatan jika mereka berpendapat bayi dan kanak-kanak mempunyai masalah khusus. Temujanji susulan akan diberi oleh anggota kesihatan untuk hadir ke klinik seterusnya. Jumpaan atau dapatan semasa sesi di klinik akan dicatat ke dalam Buku Rekod Kesihatan Kanak-kanak (0-6 tahun).